Selepas mengumumkan perjanjian bernilai $800 Juta pada awal tahun ini, pengeluar barangan sukan ternama, Puma melancarkan jersi baharu yang akan digunakan oleh juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City bagi saingan musim 2019/2020.

Kedua-dua jersi diilhamkan oleh tempat bersejarah di bandar Manchester dimana corak yang digunakan pada jersi baru ini menggambarkan beberapa aspek yang terdapat di banda tersebut.

Jersi ‘home’ menggunakan warna biru tradisional Manchester City yang dikenali sebagai ‘City Blue’. Puma menambah corak tenuna ‘jacquard’ yang merujuk kepada kilang kapas dimana kilang tersebut telah mendorong revolusi perindustrian di Manchester. Selain itu, jersi ‘home’ turut mempunyai sedikit warna ungu.

Sergio Aguero
Sumber Gambar: Talkports

Tema ‘Madchester’ pada jersi ‘away’ merujuk kepada The Haçienda, sebuah kelab malam ikonik di bandar Manchester. Dengan menggunakan warna asas hitam, jersi ‘away’ itu disertakan dengan jalur kuning di bahagian bahu sebagai penghargaan kepada seorang pereka dalaman, Ben Kelly.

Sergio Aguero

Bagi memperkenalkan jersi baharu, Manchester City dan Puma telah mengeluarkan satu video pendek dimana beberapa pemain The Citizens seperti Sergio Aguero, Oleksandr Zinchenko dan pengurus pasukan, Pep Guardiola serta rapper terkenal, Bugzy Malone.

Manchester City muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019 dengan kelebihan satu mata di hadapan pasukan yang menamatkan saingan di tangga kedua, Liverpool.