Sempena menyambut ulang tahun ke-20 PUMA telah mengumumkan bakal mengeluarkan semula model paling popular mereka pada tahun itu iaitu ‘The CELL Endura’ tidak lama lagi.

Pada awal pengenalan 1998 kasut ini dihasilkan untuk pelari. Walaubagaimanapun, setelah 20 tahun kemudian, PUMA telah memperkenalkan kembali disebabkan trend kasut chunky sedang meningkat naik dikalangan remaja zaman sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekaan, PUMA masih lagi mengekalkan rekabentuk yang lama dengan sedikit kemaskini iaitu bahan material yang baharu. Bahagian hadapan kasut ini diperkemaskan dengan penggunaan material getah manakala bahagian atas kasut turut disertakan dengan material fabrik suede.

PUMA  ‘The CELL Endura’ bakal dikeluarkan pada  4 Oktober ini. Model ini akan ditawarkan dengan harga $162 (RM 672) di laman storan PUMA dan butik kasut PUMA.

puma-cell-endura-release-white-surf-the-web-2

puma-cell-endura-release-white-surf-the-web-3

puma-cell-endura-release-white-surf-the-web-4

puma-cell-endura-release-white-surf-the-web-5

puma-cell-endura-release-white-surf-the-web-6