Staf bahagian perkhidmatan pelanggan dan operasi akan dikurangkan sebanyak 1,100 orang menjelang September 2016 sebagai salah satu langkah penstrukturan semula syarikat Groupon yang terkenal dengan perkhidmatan tawaran harian sejak 2008. Jumlah itu bersamaan dengan 10% jumlah pekerja Groupon di seluruh dunia.

Pada awal tahun ini Groupon telah menutup operasinya di Greece, dan Turki. Kini, merancang menutup operasi di tujuh buah negara lagi iaitu Panama, Thailand, Taiwan, Filipina, Puerto Rico, Uruguay dan Maghribi.

Antara punca Groupon melakukan penstrukturan semula:

1. Bisnes yang menggunakan Groupon berusaha menukarkan pembeli tawaran diskaun menjadi klien jangka masa panjang bisnes mereka.

2. Peningkatan persaingan dari laman web seumpama dengannya seperti LivingSocial dan persaingan dari Amazon dan eBay yang mempunyai tawaran menarik.

3. Pulangan tidak setimpal pada masa ini berbanding dengan pelaburan yang diperlukan untuk membawa teknologi, alat dan pasaran di lebih 40 buah negara.

4. Mahu meningkatkan keupayaan Groupon di peringkat global dan menyediakan pusat perkhidmatan serantau yang menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan.

5. Usaha penstrukturan semula ini akan membantu Groupon menambahbaik model bisnes bagi menghadapi pelbagai cabaran bisnes.

Profesor Utpal Dholakia dari Universiti Rice telah menyatakan di dalam kajiannya bahawa para pelanggan sudah penat dengan cara Groupon. Peniaga saiz kecil dan sederhana mempunyai masalah menggunakan komponen Daily Deal di Groupon dan mengalami banyak kerugian. Maka, mereka tidak lagi menggunakan Groupon dan ada juga yang menawarkan tawaran harian yang lebih menguntungkan tetapi kurang menarik bagi pelanggan.

Langkah penstrukturan ini akan selesai pada September 2016 dan ia akan melibatkan lebih US$35 juta.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤