Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Berlaku kesesakan luar biasa semalam di kawasan Keramat, Titiwangsa, Ampang dan sehinggalah ke KLCC. Hal ini dipercayai berlaku disebabkan ramai orang berpusu-pusu mahu mendapatkan minyak petrol percuma.

Artikel Berkaitan:

Menjengah ke media sosial, ramai orang berkongsi keadaan di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang sesak apabila Caprice telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma.

@alin_1801

Penangan Minyak Petrol Free by @capricemyofficial #petrolfree #caprice #petronasjelatek2 #malaysia #fyp

♬ Xde Hal Bro (feat. REZ) – Caprice

HYPE
Menu Paling Digemari Rakyat Malaysia, Prosperity Burger Kini Kembali Di McDonald’s
Baca lagi →
@atamdin769

Jammed Teruk dekat Petronas Jelatek 2 sbb semua nak isi minyak Free. #Ron97 #caprice

♬ Xde Hal Bro (feat. REZ) – Caprice

@jirojisan1

kerana minyak free, semua sanggup beratur sehingga jem jalan #caprice #minyakfree #pru15 #buatduitbanturakyat #fypmalaysia #kualalumpur #bangbang #whatonthenewstoday

♬ original sound – AjWavy

Tidak sangka menerima sambutan yang hangat, Caprice tampil memohon maaf kepada pengguna yang terkandas gara-gara kesesakan jalan raya yang berpunca daripada tindakannya ‘belanja’ minyak petrol di stesen berkenaan.

“Walaupun telah dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis, kami masih tidak dapat mengawal kesesakan jalan raya.” ujar Caprice.

Tambahnya, mereka terpaksa menutup stesen minyak buat sementara walaupun masih ramai yang beratur selepas kehabisan petrol. Oleh sebab itu, Caprice yang berasa bersalah apabila ramai yang pulang dengan hampa, maka dia akan memberi minyak petrol secara percuma khas untuk penghantar makanan serta staf kerajaan di Kuala Lumpur dan kemudiannya akan ke lokasi di Pulau Pinang.