Pada hari ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menamakan kejadian bot-bot orang Rohingya di lautan dan tidak boleh mendarat di persisiran pantai dengan nama “keranda terapung”. PBB meningkatkan amaran menentang kejadian “keranda terapung” yang sedang berlaku pada ketika ini dengan menggesa pemimpin-pemimpin serantau mengutamakan nyawa manusia terlebih dahulu. Amerika Syarikat pula telah menggesa kerajaan-kerajaan terlibat supaya tidak menolak kedatangan bot yang baru tiba di perairan negara masing-masing.

Apakah yang menjadi punca asal kejadian “keranda terapung” ini berlaku?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

rohingya boat

Pelarian Rohingya

Rohingya adalah bumiputra Myanmar yang sedang ditindas, dirompak, dirogol, disiksa dan dibunuh beramai-ramai oleh rejim Myanmar, sami-sami dan orang-orang Buddha di Myanmar semata-mata kerana orang Rohingya beragama Islam. Penghapusan etnik Rohingya adalah tajaan rejim Myanmar dan dipromosi oleh sami-sami Buddha dan dilaksanakan oleh orang-orang Buddha di Myanmar. Penindasan yang tidak berperi kemanusiaan ini menyebabkan 1 juta orang Rohingya menjadi pelarian di negara asing dan 800,000 orang Rohingya dalam Myanmar menjadi mangsa penindasan, rompakan dan pembunuhan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya oleh rejim Myanmmar, sami-sami dan orang-orang Buddha.

Penempatan pelarian Rohingya yang tidak berdaftar – Gambar: Jonathan Saruk
Penempatan pelarian Rohingya yang tidak berdaftar – Gambar: Jonathan Saruk

Sejarah Rohingya

Orang Rohingya adalah orang-orang berketurunan orang Islam (Muslim) yang berhijrah ke bahagian utara Arakan dalam abad ke-8 dan mereka ini adalah kacukan Bengali, Farsi, Moghul, Turki, dan Pathan. Kehadiran orang Rohingya di Arakan adalah jelas pada abad ke-12. Orang Rohingya adalah rakyat kerajaan Mrauk-U (Mrohaung) di Arakan yang bernaung di bawah Sultan Jalaluddin Muhammad Shah dari Kesultanan Islam Bengal.

Sultan Jalaluddin Muhammad Shah dan tenteranya telah membantu Meng Soamun Narmeikhla, raja Arakan dengan membebaskan Arakan dari penjajahan kerajaan Burma dalam tahun 1430 dan sebagai balasannya Arakan berada di bawah naungan kerajaan Islam Bengal. Orang-orang Benggali yang pergi ke Arakan bersama Raja Narmeikhla telah membuat pertempatan di Arakan. Raja-raja Arakan telah menggunakan gelaran-gelaran Islam dan wang Islam Benggali dan rakyat Islam dijadikan pegawai-pegawai dalam pentadbiran kerajaan, penulis-penulis dalam istana dan tenaga kerja di Arakan.

Pada tahun 1785, Arakan telah diserang dan ditakluk oleh kerajaan Buddha Burma. Akibatnya, orang-orang Buddha telah membunuh orang-orang Islam Rohingya yang mereka temui dan lebih kurang 35,000 orang Arakan telah berjaya melarikan diri ke Bengal yang telah menjadi jajahan British. Pada tahun 1826, pihak British berjaya menakluk Arakan dan mereka menggalakkan petani-petani Rohingya dan Benggali berpindah ke Arakan sebab Arakan mempunyai sangat sedikit penduduk yang disebabkan oleh penjajahan kerajaan Buddha Burma.

Wajah-wajah orang Rohingya

Penghapusan Etnik Rohingya oleh Orang Buddha di Myanmar (Burma)

Penghapusan etnik Rohingya bermula pada tahun 1785 apabila kerajaan Buddha Burma dan orang-orang Buddha menyerang dan menakluk Arakan dan membunuh sebahagian orang Islam Rohingya yang mereka temui, menghalau rakyat Arakan ke bahagian tengah Burma dan 35,000 rakyat Arakan termasuk orang Rohingya berjaya melarikan diri ke Benggal yang berada di bawah jajahan British. Selepas tentera British berjaya mengalahkan kerajaan Buddha Burma dalam tahun 1826, pihak British menggalakkan petani-petani Bengal yang terdiri dari orang Rohingya dan orang Benggali berpindah ke Arakan kerana Arakan mengalami masalah kekurangan penduduk yang disebabkan oleh serangan ganas kerajaan Buddha Burma ke atas Arakan pada tahun 1785.

Penghijrahan beramai-ramai orang Rohingya dan Benggali ke Arakan telah dijadikan alasan oleh orang Buddha Arakan untuk menimbulkan bibit-bibit permusuhan terhadap orang Islam di Arakan yang akan berkembang menjadi penindasan dan keganasan orang Buddha terhadap orang Islam Rohingya secara terbuka dan berleluasa dalam Myanmar (Burma).

Baca: Bahagian 1 Kronologi Sejarah Kekejaman Dan Penindasan Ke Atas Rohingya Di Myanmar Sehingga Kini

Semasa Perang Dunia ke-2, tentera Jepun telah menyerang Burma yang menjadi tanah jajahan British maka berlakulah pertempuran-pertempuran di Burma di antara orang Rohingya yang menjadi tentera British dalam V-Force dan nasionalis-nasionalis Buddha yang lengkap bersenjata menyokong tentera Jepun menjajah Burma.

Peta pergerakan tentera British menghala ke Rangoon dari utara Burma semasa perang dunia ke-2
Peta pergerakan tentera British menghala ke Rangoon dari utara Burma semasa perang dunia ke-2

Pemimpin-pemimpin Thakin iaitu pertubuhan nasionalis Buddha Myanmar di Arakan seperti U Pinnya Thiha (sami Buddha), U Tha Zan hla, U San Kyaw Aung and U Maung Kyaw dll telah mengarahkan orang-orang Buddha Burma menghapuskan orang Islam di Myanmar. Akibatnya ialah pengganas-pengganas Buddha Burma telah merompak harta benda orang Islam dan merogol, menyiksa dan membunuh 100,000 bayi, kanak-kanak, remaja, belia, orang dewasa dan orang tua yang beragama Islam di Arakan.

Tentera Jepun sebagai sekutu nasionalis Buddha Burma juga telah merogol, menyiksa dan membunuh orang Islam Rohingya dalam negeri Arakan. Keganasan tentera Jepun dan nasionalis Buddha Burma telah menyebabkan 22,000 orang Islam melarikan diri ke Bengal yang berada di bawah jajahan British.

Selepas orang-orang Islam Rohingya berulang-kali dirompak, ditindas, dirogol, disiksa dan dibunuh oleh pengganas-pengganas Buddha, orang-orang Islam Rohingya telah menubuhkan Parti Mujahid untuk membentuk negeri autonomi dalam Arakan dan orang Islam mula menggunakan istilah ‘Rohingya’ dalam tahun 1950an untuk menuntut hak mereka sebagai bumiputra Arakan. Walaubagaimanapun, junta tentera Myanmar bertindak balas dengan operasi ketenteraan yang ganas terhadap orang Rohingya.

Setelah menggulingkan kerajaan Burma dalam tahun 1962, General Ne Win melancarkan beberapa operasi tentera untuk memerangi orang-orang Islam Rohingya dalam tempoh 20 tahun. Tentera Myanmar juga telah melaksanakan Operasi King Dragon yang berskala besar bermula pada 6hb Februari 1978 untuk menangkap dan menyiksa orang-orang Islam secara beramai-ramai dan operasi ini telah menyebabkan lebih kurang 200,000 hingga 250,000 orang-orang Islam yang kebanyakannya adalah Rohingya melarikan diri dari Arakan ke Bangladesh dan Pakistan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengikraf mereka sebagai pelarian dan memulakan operasi bantuan.

Pelbagai khabar angin dan fitnah dicipta oleh musuh-musuh Rohingya untuk mencetuskan kemarahan dan kebencian orang-orang Buddha terhadap orang Islam Rohingya dan Presiden Myanmar Thein Sein selalu meminta pertubuhan Bangsa Bersatu memindahkan orang Islam ke negara asing. Sebagai contoh, orang-orang Buddha telah menyerang sebuah bas di Taungup dan membunuh 10 orang Islam Rohingya yang tidak bersalah pada 3hb Jun 2012 semata-mata kerana khabar angin mengatakan orang Islam Rohingya telah merompak, merogol dan membunuh seorang perempuan Buddha Rakhine yang bernama Ma Thida Htwe di dalam kampung orang Rakhine. Doktor mendapati perempuan Buddha itu tidak dirogol dan suspek utama dalam pembunuhan mangsa ini ialah seorang Buddha yang bernama Htet Htet yang didapati mati semasa dalam tahanan polis Myanmar dan polis mendakwa Htet Htet telah membunuh dirinya sendiri. Isteri Htet Htet pula telah ditemui mati dalam perigi kampung. Mengapa kedua-dua orang ini dimatikan atau dibunuh dalam masa yang sama? Untuk menutup rahsia? Rahsia apa?

Dr. Maung Zarni, seorang ahli hak asasi manusia Myanmar, menyatakan bahawa kisah perempuan yang dirogol oleh lelaki Benggali adalah berita palsu yang disebarkan oleh orang-orang Presiden Thein Sein untuk menimbulkan kebencian orang-orang Buddha terhadap orang Islam Rohingya dan mencetuskan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar. Walaubagaimanapun, khabar angin yang tidak berasas itu telah menyebabkan orang-orang Buddha menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya, membakar rumah-rumah dan bangunan-bangunan orang Islam Rohingya dan polis dan tentera Myanmar memaksa orang Islam Rohingya yang masih hidup berpindah ke kem-kem pelarian yang berhampiran dengan Bangladesh dalam tahun 2012. Doktor-doktor dan kakitangan Doctors Without Borders yang telah merawat orang-orang Islam telah diugut oleh pengganas Buddha menyebabkan kakitangan tempatan meletakkan jawatan dan rejim Myanmar telah menangkap 10 kakitangan UNHCR. Presiden Myanmar, Thein Sein pula telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memindahkan 1 juta orang Islam Rohingya ke negara lain. Tetapi permintaan Presiden itu telah ditolak oleh PBB.

https://www.youtube.com/watch?v=b0W2SrQL97U

Pada 3hb Julai, 2014, seorang lelaki Islam yang bernama U Soe Min berumur 51 tahun yang sedang berjalan kaki ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh telah dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki Buddha. U Soe Min telah menjadi mangsa khabar angin palsu yang mendakwa seorang perempuan Buddha telah dirogol oleh dua beradik yang beragama Islam.

Wirathu ialah ketua sami Buddha biara Masoyein dan dia mempunyai ramai pengikut Buddha melakukan keganasan terhadap orang-orang Islam Rohingya. Pergerakan 969 beliau menyediakan pengganas-pengganas Buddha untuk menyerang orang-orang Islam yang tidak bersenjata kerana Wirathu tidak mahu agama Islam berkembang di Myanmar. Dia telah mengadakan perhimpunan sami-sami Buddha dalam bulan September 2012 untuk mempromosi rancangan Presiden Thein Sein untuk menghalau orang-orang Islam Rohingya ke negara ketiga. Sebulan selepas itu, lebih banyak keganasan dilakukan terhadap orang-orang Islam oleh pengganas-pengganas Buddha dalam negeri Rakhine (Arakan) yang telah menyebabkan 140,000 orang Islam Rohingya kehilangan tempat tinggal. Pengganas-pengganas 969 bertanggung-jawab dalam semua serangan orang-orang Buddha ke atas orang-orang Islam Rohingya dan mereka juga mengganggu dan mengugut perwakilan NGO seperti Doctors Without Borders, PBB, OIC dan lain-lain menyebabkan krisis kemanusiaan yang melibatkan orang-orang Islam Myanmar menjadi semakin buruk.

Protes di luar kedutaan Amerika Syarikat dan Myanmar di Bangkok, Thailand – Gambar: Achara Ashayagachat (2013)

Junta tentera Myanmar yang telah berkuasa melebihi 50 tahun amat bergantung kepada semangat kebangsaan Burma dan Buddha Theravada untuk memperkuatkan kekuasaan dan mengukuhkan pemerintahannya dan menindas etnik-etnik minoriti seperti Rohingya, Kokang, Panthay (China Muslim). Junta tentera Myanmar juga telah membuat undang-undang warganegara Burma 1982 yang tidak mengiktiraf orang Islam Rohingya sebagai warganegara Myanmar. Maka tidak hairanlah junta tentera Myanmar bersekongkol dengan sami-sami Buddha dan orang-orang Buddha merompak harta benda orang Rohingya, memusnahkan dan membakar masjid, rumah kediaman dan kedai-kedai orang Rohingya dan menindas, merogol, menyiksa dan membunuh orang-orang Islam Rohingya secara berleluasa sehingga ke hari ini.

Junta tentera Myanmar dan rejim Myanmar pimpinan Presiden Thein Sein juga telah mencabul hak asasi orang Islam Rohingya dengan menghadkan kebebasan bergerak, pendidikan, perkahwinan, perniagaan dan perdagangan orang Islam Rohingya. Bermula pada bulan Mei 2013, pihak berkuasa negeri Rakhine (Arakan) telah menghadkan bilangan anak bagi setiap pasangan orang Rohingya kepada dua orang anak sahaja. Jenayah-jenayah junta tentera Myanmar, rejim Myanmar dan pengganas-pengganas Buddha terhadap orang-orang Islam Rohingya telah menyebabkan 1 juta orang Islam Rohingya terpaksa melarikan diri ke negara asing seperti Bangladesh, Malaysia, Thailand, Indonesia.

Rejim Myanmar telah cuba mengubah sejarah dengan menukarkan nama Arakan kepada Rakhine iaitu nama etnik Buddha yang tinggal di bahagian selatan Arakan untuk menafikan fakta sejarah dan hak orang Islam Rohingya ke atas Arakan. Dengan menukar nama kawasan Arakan kepada Rakhine, orang asing akan menyangka Rakhine (Arakan) adalah hak milik orang Rakhine yang beragama Buddha dan bukan hak milik orang Islam Rohingya. Fakta sejarah telah menyatakan bahawa orang Islam telah berabad-abad lamanya menetap di Arakan terutama sekali di bahagian utara Arakan.

Sumber:

1. HRW
2. Aye Chan (2005). “The Development of a Muslim Enclave in Arakan (Rakhine) State of Burma (Myanmar)” ,Myanmar Egress and the Myanmar Peace Center. pp. 204–255.
3. Yegar, Moshe (2002). Between integration and secession: The Muslim communities of the Southern Philippines, Southern Thailand, and Western Burma / Myanmar. Lanham, MD: Lexington Books.
4. About: Asian History
5. Field-Marshal Viscount William Slim (2009). Defeat Into Victory: Battling Japan in Burma and India, 1942–1945. London: Pan.
6. Dr.Mohammed Yunus ( 1994). A History of Arakan: Past and Present. University of Chittagong. p 6 to 10 and 17.
7. Kurt Jonassohn (1999). Genocide and gross human rights violations: in comparative perspective. Transaction Publishers. p. 263.
8. Human Rights Watch (Organization) (2000). Burma/Bangladesh: Burmese refugees in Bangladesh: still no durable solution. Human Rights Watch. p. 6.
9. Bilveer Singh (2007). The Talibanization of Southeast Asia: Losing the War on Terror to Islamist Extremists. p. 42.
10. Derek Henry Flood (31 December 1969). “From South to South: Refugees as Migrants: The Rohingya in Pakistan”. Huffington Post.
11. RFA
12. Kaladan Press
13. Thomas Fuller (6 November 2012). “Charity Says Threats Foil Medical Aid in Myanmar”. The New York Times.
14. The Independent
15. Changlang
16. Bangkok Post

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram