Niu, 71 tahun mengesat air matanya apabila seorang pramugari muda bernama Fan Xuesong melutut di depannya di dalam penerbangan Hainan Airlines (HU7302) dari Zhengzhou ke bandar Haikou, Hainan di selatan China.

Sumber: Weibo
Sumber: Weibo

Ini semua gara-gara sifat keprihatinan Fan Xuesong yang sudi menyuapkan makanan kepada Niu yang merupakan orang kurang upaya yang tidak boleh memegang sudu untuk makan.

Sumber: Weibo
Sumber: Weibo

Niu merupakan pesara yang pernah memegang jawatan profesor perubatan ini menjadi orang kurang upaya selepas dia lumpuh separa akibat diserang strok 2 tahun lalu. Niu juga bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Sumber: Weibo
Sumber: Weibo

Tindakan Fan Xuesong bukan sahaja menyebabkan Niu menangis tetapi turut membuatkan penumpang Hainan Airlines yang lain turut terharu dengan perbuatan tersebut.

Sumber: Weibo
Sumber: Weibo

Fan berkata: “Semasa saya mula menyuapkan makan malam, orang tua itu mula menangis.”

Sebenarnya Niu tersentuh hati dengan tindakan Fan sejak Fan berkata mahu menyuapkan makanan kepadanya. Niu kelihatan sukar mengunyah nasi, lalu Fan menukarkannya dengan sekotak mee. Niu cuba makan tetapi dia tersedak beberapa kali dan Fan tetap bersabar dengannya. Itu membuatkan Niu semakin menangis terharu.

Sebelum itu Fan telah memindahkan Niu ke kerusi hadapan di mana terdapat ruang yang lebih besar dan selesa untuk Niu pergi ke bilik air, tetapi sebab yang lebih utama adalah akan memudahkan Fan menjaganya. Isteri Niu turut terbang bersama Niu tetapi dia tidak diberikan kerusi bersebelahan Niu menyebabkan mereka terpisah di dalam perjalanan tersebut.

Gambar-gambar di atas telah diambil oleh salah seorang penumpang dan memuatnaik gambar-gambar tersebut ke media sosial Weibo sehingga ia menjadi viral setelah kisah ini telah menyentuh berjuta hati di China.

Niu, bukan penumpang kelas pertama telah diberi layanan istimewa oleh pramugari baik hati, Fan, berkata kepada wartawan: “Seseorang cuba mengambil gambarnya tetapi dia meminta jangan ambil gambar dia. Saya tidak dapat menahan diri daripada tidak menangis. Dia telah membantu saya makan, mengesat hingus dan air mata saya. Saya tidak tahu nama dia tetapi jika diberi peluang lagi, saya mahu mengucapkan terima kasih kepadanya.”

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber