Bukan semua orang bernasib baik lahir dalam keluarga yang senang. Ada yang dilahirkan di dalam keluarga yang susah dan perlu berkeja keras seawal usia muda bagi meringankan beban keluarga dan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pelbagai pekerjaan dilakukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Begitulah nasib yang menimpa seorang pelajar ini apabila terpaksa bekerja seawal umur 13 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook, di mana seorang pengguna Facebook Amelia Tamby Hussin, seorang pengusaha dan pemilik restoran memuat naik sebuah status berkenaan seorang budak lelaki berumur 13 tahun datang ke kedainya untuk meminta kerja.

Kisah ini berlaku di sebuah restoran Nasi Beriani Haji Tamby yang terletak di Taman Pertam Jaya, Melaka. 

Berdasarkan perkongsian tersebut, pelajar yang bernama Iskandar itu meminta kerja adalah dengan tujuan untuk meringankan beban keluarganya. Menurut remaja tersebut, duit yang akan diterimanya itu akan digunakan untuk membeli baju dan membayar yuran sekolah untuk sesi baharu nanti.

Tersentuh mendengar kata-kata remaja itu, Amelia selaku pemilik restoren tersebut bersetuju untuk mengambilnya bekerja.

Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai netizen. Rata-rata netizen memuji sikap pelajar itu yang sudi bekerja pada usia muda bagi meringankan beban keluarga.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjadi inspirasi untuk masyarakat di luar sana untuk terus berusaha bagi mengubah nasib diri seperti remaja ini.

Terdahulu, tular remaja 16 tahun jadi ‘rider’ untuk ringankan beban keluarga. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Remaja 16 Tahun Ini Jadi ‘Rider’ Untuk Ringankan Beban Keluarga Buat Netizen Tersentuh Hati

Remaja Cacat Penglihatan Diangkat Menjadi Bilal Masjid Negeri Selangor

Remaja 16 Tahun Dari Malaysia Berjaya Tawan Gunung Elbrus, Rusia