Ramai orang bisnes mengeluh apabila staf yang cemerlang akhirnya meninggalkannya dan pergi berkerja di syarikat lain. Ia tentunya menjatuhkan self-esteem dan meningkatkan kos untuk melatih staf baru.

Antara sebab pekerja yang bagus meninggalkan kita adalah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kita memberi bebanan kerja lebih tanpa tambahan ganjaran

Cara paling cepat untuk membuatkan pekerja ‘burn-out’ adalah berikan kerja yang banyak kepada mereka.

Apabila kita melihat seorang pekerja membuat kerja dengan cemerlang, kita cenderung untuk menambah kerja yang lebih kepadanya agar produktiviti syarikat kita meningkat.

Ini akan membawa kepada dua kemungkinan. Pertama, dia akan menjadi penat lalu ‘burn-out.’ Kedua, dia mungkin tidak lagi membuat kerja yang sangat cemerlang kerana risau bebanan kerjanya akan ditambah.

Bebanan kerja yang lebih juga akan mengurangkan produktiviti. Kajian daripada Stanford menunjukkan produktiviti bagi setiap jam menurun dengan banyak apabila pekerja diberi kerja melebihi 50 jam seminggu.

Seandainya kita terpaksa menambah bebanan kerja kepada mereka, tambah juga ganjaran. Jika kita banyak menambah kerja tanpa menambah ganjaran, pastinya mereka akan berkerja di tempat lain yang memberi ganjaran lebih terhadap apa yang mereka usahakan.

2. Kita tidak mengiktiraf sumbangan dan tidak memberi ganjaran terhadap hasil kerja yang bagus

Jangan lupa untuk memberikan pujian dan menepuk belakang pekerja yang bagus hasil kerjanya. Kita mesti berkomunikasi dengan mereka dan memberi ganjaran yang betul agar mereka sentiasa rasa bermotivasi untuk terus menghasilkan kerja yang bagus-bagus.

3. Kita bersikap tidak menghiraukan mereka

Sebahagian besar orang berhenti kerja kerana hubungan yang kurang baik dengan bos.

Kita sebagai ketua mesti berada di antara bersikap profesional dan bersikap kemanusiaan. Kita sentiasa meraikan kejayaan pekerja dan menunjukkan simpati sewaktu mereka dalam kesusahan.

Syarikat yang mempunyai ketua yang gagal untuk bersikap mengambil peduli terhadap orang bawahan akan mengalami ‘turnover rate’ yang tinggi.

Sukar untuk seseorang berkerja dengan baik apabila dia terpaksa bekerja di bawah orang yang dia benci.

4. Kita membawa masuk dan menaikkan pangkat orang yang salah

Pekerja yang bagus mahu berkerja dengan orang profesional seperti mereka. Apabila kita membawa masuk orang yang tidak dapat berkerjasama dengan mereka, ini akan merendahkan motivasi kerja.

Lebih teruk lagi, apabila kita menaikkan pangkat orang yang salah. Jika kita menaikkan pangkat orang yang mereka tidak suka, motivasi kerja mereka akan terus jatuh dan lama-kelamaan mereka akan berhenti.

Namun begitu, ini pula adalah pesanan pemilik syarikat pengedaran buku bahasa melayu tersohor di Malaysia, PTS Media Group Sdn. Bhd.

Jangan Takut Staf Mahu Berhenti Kerja.

Beliau berikan contoh ini:

Tuan Yusry Yusopp pernah berkhidmat di PTS sebagai editor buku-buku bisnes dan pengurusan.

Selepas mendapat kemahiran sebagai editor, beliau tidak mahu makan gaji lagi, lalu meletakkan jawatan. Beliau kemudian menulis buku, menerbitkan dan menjual buku beliau sendiri.

Pada suatu hari, tidak semena-mena, beliau call saya. Beliau beria-ia mahu memperkenalkan 2 orang strangers kepada saya.

Dua orang strangers itu adalah bekas staff Petronas. Mereka itu adalah Tuan Hir Effendy Md Tahir dan Tuan Zusuff Kan.

Beberapa bulan kemudian, kami berempat sebulat suara membangunkan ABS.

ABS adalah sebuah komuniti usahawan Malaysia yang saling bantu membantu ahlinya dalam mengembangkan bisnes.

Pada 2 dan 3 April ini, ABS akan menganjurkan Kongres Sekolah Bisnes yang akan membawakan lebih 40 tokoh-tokoh bisnes

  • Puan Padzilah Enda (Pengasas Telekung Siti Khadijah yang akan menembusi pasaran asia)
  • Tuan Norizan Shariff (Pengarah Eksekutif INSKEN yang mempunyai akses kepada dana-dana)
  • Puan Nurulwahida (Pengasas Bersama The VOCKET yang mempunyai lebih 2 juta pembaca)
  • Tuan Nadhir Ashafiq (Pengasas TheLorry.com yang berjaya mendapatkan USD 1.5 JUTA dana)
  • dan banyak lagi

Tokoh-tokoh bisnes ini bakal berkongsi panduan kejayaan mereka memulakan dan membesarkan bisnes mereka.

Tuan puan juga boleh mengambil peluang semasa Kongres ini untuk berkenalan dan menambah jaringan bisnes dengan otai-otai bisnes ini.

Khas untuk pembaca Vocket yang mahu hadir ke Kongres ini. Anda layak dapatkan diskaun sebanyak RM100 dengan menggunakan kupon kod ‘VOCKET‘ ketika mahu membuat pembayaran tiket di laman Evenesis.