Sejak beberapa hari ini tular di media sosial rakaman video dua orang lelaki yang sedang memunggah beberapa buku roti daripada sebuah lori ke dalam sebuah kereta dengan tidak menggunakan sebarang pembungkusan atau pelapik.

Video pendek berkenaan menerusi laporan Kosmo dipercayai berlaku di sebelah utara tanah air berdasarkan beberapa petunjuk yang ditunjukkan di dalam video tersebut seperti nombor pendaftaran kenderaan yang dirakam dan juga loghat yang digunakan perakam.

Eee dia ambil roti benggali takdak plastik takdak lapik dia bawak masuk dalam kereta macam tu ja,” ulas perakam video tular berkenaan.

‘Husnuzon’ mungkin nak bagi burung makan

Walaupun menerima reaksi negatif daripada netizen yang rata-rata kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan itu, namun ianya tidak dapat dipastikan sama ada roti berkenaan adalah stok baru atau pun roti yang sudah mencapai tarikh luputnya (expire date).

Malah ada juga netizen yang cuba husnuzon (bersangka baik) dan menganggap roti berkenaan sudah pun melepasi tarikh luput dan berkemungkinan akan digunakan untuk tujuan lain seperti diberi makan kepada haiwan.

“Bersangka baik la. Tu yang expired nak bagi burung makan,” komen netizen.

“Roti hat reject dah kot. Expired. Nak pi bagi buat makanan binatang.
Cubaan husnudzon,” tambah seorang lagi netizen.

Bukan saja ber ‘husnuzon’, tetapi netizen juga sempat berseloroh mungkin individu berkenaan “kot-kot dia balik basuh dulu roti tu“.

Bagaimanapun, seperti kami katakan tadi dan laporan-laporan lain, tidak dapat dipastikan sama ada roti yang dipunggah dalam video berkenaan adalah roti yang akan diedarkan atau sudah melepasi tarikh luputnya.

Tetapi jika benar buku-buku roti yang dipunggah itu adalah roti yang baru dan akan dijual kepada pelanggan selepas ini, maka ianya adalah sesuatu yang mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.

Namun jika ianya adalah roti yang sudah tamat tempoh dan dalam proses untuk dilupuskan maka ianya adalah sesuatu yang melegakan terutama buat para pelanggan dan juga netizen yang menonton video berkenaan.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Netizen Tidak Puas Lihat Pak Cik 102 Tahun Kongsi Cerita Askar Jepun Di Kelantan

Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan x Dior RM34,000

Dijanjikan Wang ‘Percuma’ Dengan Mudah, Ramai Kongsi Tertipu Dengan Skim Isharefans

Sumber