Sejak Malaysia dan Singapura mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April, dapat dilihat pelbagai ragam warga Singapura bersama kereta mereka yang memasuki Malaysia.
Memandu melebihi had kelajuan serta sanggup mengoncang kereta dalam usaha mendapatkan minyak petrol yang lebih antara perlakuan yang kembali dapat dilihat menerusi pembukaan sempadan.
Terbaharu, tular di media sosial sekali lagi apabila terdapat seorang pemandu kereta dengan nombor plet kereta Singapura tampil dengan telatah yang mendapat perhatian netizen.
Menerusi perkongsian Twitter @MALAYSIAVIRALL, dapat dilihat kereta dengan nombor plet Singapura ini seolah sengaja parkir kenderaan beliau di sebuah laluan jalan yang sempit yang sekaligus mengundang kesesakan serta menyusahkan pemandu kereta yang lain.
KERETA SINGAPORE BUAT HAL. LAGI! Pastu pura-pura bukan kereta dia. pic.twitter.com/M6kZS2Uo3l
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 17, 2022
Bukan sahaja parkir tanpa mengira tempat, apa yang lebih mendapat perhatian netizen adalah telatah pemandu kereta bernombor plet Singapura ini yang seolah pura-pura tidak mengakui dan perasan akan keretanya yang menghalang laluan jalan.
Meskipun sudah dibunyikan hon oleh pemandu belakang, warga Singapura ini seakan tidak endah sebelum ditegur oleh seorang lelaki yang dilihat menunjukkan kepada ruang parkir kenderaan yang betul.
Tindakan yang dilakukan warga Singapura ini telah berjaya dirakam dan dikongsikan di media sosial yang sekaligus membuatkan para netizen turut berang dengan telatah warga Singapura ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap perlakuan lelaki ini.
The fact yg dia pegang pouch bag dia through out the video pun dah a dead giveaway dah.. Org SG je yg paranoia sampai tangan sentiasa pgg kt pouch bag takut kena ragut…
— Ayah Chik🌺 should have not (@gwasteady) April 17, 2022
Dia boleh buat muka selenge dia kt situ eh,adoiii. https://t.co/kjli4eeHjP
— jjjulian (@Tttristan___) April 17, 2022
Kan ada parking sebelah wira dgn axia tu. Nak juga benti tengah2 jalan 😂 https://t.co/eLdSRhsz9z
— Daniel (@PUTERA_Miguel) April 17, 2022
Kdg susah nak pecaya betulke spore pnya education ni world class, top ten in the world https://t.co/Hyhn1OcA8A
— SBS (@SBS9531) April 17, 2022
Sementara itu, terdapat juga para netizen yang turut memaklumkan memiliki pengalaman yang aneh berdepan dengan pemandu warga Singapura sejak pembukaan semula sempadan antara dua negara ini.
Sam Ke Ting selaku wanita yang terlibat dalam insiden basikal lajak dilaporkan dibenarkan tangguh hukuman dengan ikat jamin RM10,000.
Wanita ‘Insiden Basikal Lajak’ Dibenarkan Tangguh Hukuman Dengan Ikat Jamin RM10,000
Selepas ‘Diseru’ TMJ, Datuk Seri Rina Harun Tampil Bersuara Isu Bella