Terkini, pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama dan sebuah kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort, Tropicana di Petaling Jaya diarah tutup mulai esok, 11 Oktober 2020.

Penutupan itu selepas terdapat empat kes positif di pusat beli-belah One Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis serta lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar, penutupan tersebut bertujuan untuk membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

Malah, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan COVID-19 pada pautan di bawah ini.

1 Utama Jadi Pusat Membeli-Belah Terbaru Catat Kes Positif COVID-19

100 Peratus Murid SK Bangsar Tidak Hadir Ke Sekolah Hari Ini Selepas Dua Kes Positif COVID-19

Sumber