Pada hujung minggu lalu tular kisah seorang lelaki yang keliru keretanya kena clamp semasa meletaknya di petak kosong parkir dalam pusat beli-belah Berjaya Times Square.

Menurutnya, tiada ‘notis’ atau ‘tanda’ menyatakan orang awam tidak boleh meletakkan kenderaan pada petak kosong ruang letak kereta itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘Apa Salah Saya?’ – Lelaki Keliru Kereta Myvi Kena Clamp Walau Parkir Di Petak Kosong

Berjaya Times Square tampil memberi kenyataan mengenai situasi tersebut. Menurut pusat beli-belah itu, hanya pemilik Myvi itu sahaja yang meletakkan keretanya di belakang ‘Tandem Parking Bay’.

Pasukan Tempat Letak Kereta Berjaya Times Square (BTS) bertindak untuk mengunci tayar kereta itu kerana tidak mempunyai cara untuk mengenal pasti pemilik kereta tersebut.

Tindakan itu dibuat sebagai langkah memastikan pemilik kenderaan yang dikunci tayarnya itu hadir ke pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta untuk mendapatkan bantuan.

“Semasa pemilik tiba di Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta dan memberitahu situasi yang dihadapinya, kereta tersebut dilepaskan tanpa sebarang denda dikenakan kerana kami hanya berniat mahu ‘menghalang’ pemilik kereta lain berbuat perkara yang sama,” petik kenyataan rasmi Berjaya Times Square.

Terdahulu seorang lelaki berasa pelik keretanya kena clamp walaupun diletakkan pada ruang parkir kosong dalam sebuah pusat beli-belah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Apa Salah Saya?’ – Lelaki Keliru Kereta Myvi Kena Clamp Walau Parkir Di Petak Kosong

Tindakan Lelaki Ini Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen

Mahu Elak Bayar Denda RM50, Pemandu Honda Ini Sanggup Lenyek ‘Clamp’ Sewaktu Undur Kereta