Bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pengunjung mereka, sebuah pusat membeli belah di Thailand baru-baru ini memperkenalkan ‘foot pedal’ atau pun pedal kaki di lif-lif mereka.

Pedal kaki yang diletakkan bersama lif digunakan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak itu dengan para pelanggan kini tidak lagi perlu menekan butang-butang lif dengan tangan tetapi mereka hanya perlu menekan menggunakan kaki.

Bagi menggunakan alat ini, pengguna hanya perlu menekan pedal mengikut aras atau tingkat yang ingin dituju mereka dengan kaki sekaligus dapat mengurangkan risiko jangkitan selepas Thailand mula melonggarkan sekatan kawalan pergerakan di negara mereka minggu lalu.

Berikut video pendek yang mula dikongsikan di media sosial mengenai penggunaan pedal kaki tersebut yang dengan jelas menunjukkan penggunaannya dalam kalangan pengunjung pusat membeli-belah tersebut.

Penggunaan alatan tersebut mula mendapat perhatian dunia dengan ia dilihat sebagai antara inovasi terbaik untuk orang ramai kekal mengamalkan standard operating procedure berkait COVID-19 bagi membendung penularannya.

Malah ia juga dilihat lebih berkesan dan efektif dalam meminimakan risiko jangkitan berbanding beberapa langkah persendirian yang diambil seperti menggunakan pencungkil gigi dan alatan lain untuk menekan butang lif sebelum ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang memaparkan  usaha-usaha dilakukan negara-negara di seluruh dunia  mendepani norma baru akibat wabak ini di pautan di bawah. 

Kafe Di Jerman Guna ‘Topi Helikopter’ Bantu Pelanggan Jaga Jarak Sosial

Restoran Di Thailand Ini Guna Patung Panda Untuk Bantu Pelanggan Amalkan Penjarakkan Sosial