Kebiasaannya, anda pergi ke gym atau pusat fitness untuk menjaga kesihatan badan dengan bersenam, namun lain pula ceritanya di United Kingdom. Mereka ke gym untuk tidur, ya! Tidur.

Ini mungkin konsep senamam terbaharu. Konsep tidur ini dicipta oleh David Lloyd Club iaitu sesi tidur selama 45 minit yang dikenali sebagai napercise. Menurutnya, cara ini mampu mengekalkan kelangsingan badan dan kekal cergas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun agak skeptikal didengari, namun ternyata konsep ini ada logiknya juga memandangkan tidur juga merupakan aktiviti penting yang perlu dilakukan demi menjaga kesihatan.

Napercise dikhususkan untuk orang-orang dewasa yang sibuk dalam kehidupan seharian sehinggakan tidak mempunyai waktu tidur. Selama 60 minit, anda akan diberi latihan untuk tidur. 15 pertama adalah sesi mengeliat dan 45 minit selebihnya adalah untuk tidur. Ianya bukan sekadar memejam mata, tetapi untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Menurut pemilik gym, sesi tidur ini dilakukan untuk menyegarkan semula fikiran, tubuh badan serta dapat membakar kalori. Dalam kelas tersebut, ahli akan disediakan selimut, penutup mata dan tempat yang selesa untuk tidur disamping mendegar muzik-muzik lembut.

Dengan itu, ia membuatkan anda mudah terlelap dan berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Ini merupakan kelas pertama di dunia yang menawarkan latihan tidur siang.

Dalam satu kajian membuktikan bahawa tidur siang sangat baik untuk kesihatan seperti dapat meningkatkan tahap keyakinan, menghilangkan perasaan cemas, stress dan menjaga mood supaya kekal positif. Keseluruhannya, aktiviti ini baik dari segi mental dan fizikal.

Selain penat, kurang tidur akan menyebabkan seseorang itu berada dalam kerisauan melampau, kemurungan dan kurang tenaga untuk bersenam serta menjadi tidak peka dalam membuat keputusan.

Ini idea yang menarik memandangkan kebanyakan ibu bapa di UK menghidap “epidemik kepenatan” dengan 86% daripada mereka mengakui “terseksa” dengan keletihan dan 26% lagi mengadu hanya dapat tidur kurang 5 jam sehari.

Kalau ada juga mempunyai masalah yang sama, adakah anda sanggup bayar untuk tidur?