Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah menetapkan peraturan baru secara ketat yang akan dikuatkuasakan bermula Januari 2019 di mana pusat-pusat hiburan yang ada di pusat bandar tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi selepas 1 pagi.

Peraturan ini ditetapkan kerana kebanyakan pusat hiburan yang beroperasi selepas waktu 1 pagi seringkali dikunjungi oleh penduduk tempatan bukannya pelancong asing yang datang ke Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
YB Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan

Walaubagaimanapun, premis-premis yang sering dikunjungi oleh pelancong akan diberikan pengecualian dan dibenarkan beroperasi sehingga 5 pagi dengan syarat setiap pusat hiburan tersebut mempunyai kebenaran khas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Namun, pihak DBKL perlu menyemak semula premis-premis yang akan diberikan kebenaran khas untuk beroperasi sehingga 5 pagi kerana pihak mereka tidak mahu ia disalahgunakan dan mendapat aduan orang ramai kemudian hari.