Dengan pembangunan bernilai RM500 juta, pusat membeli belah Aman Central akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Oktober.

Pengarah urusan Belleview Group Datuk Sonny Ho berkata pusat membeli belah itu dijangka menarik pelanggan bukan saja dari Kedah tapi juga Perlis dan selatan Thailand.

Belleview Group managing director Datuk Sonny Ho said the shopping mall is expected to attract customers not only from Kedah, but also Perlis and southern Thailand.

Ho berkata beliau yakin mall tersebut yang terletak betul betul bertentangan menara ALor Setar akan menjadi tempat tumpuan orang ramai di utara Malaysia dan selatan Thai.

Selain itu, Aman Central juga akan membawakan jenama jenama besar seperti H&M, Uniqlo, Guess, Padini, Starbucks, Pandora, Baskin Robbins dan banyak lagi, tanpa mengabaikan peniaga peniaga tempatan.

Tarikan utama mall tersebut ialah Aman Walk, kawasan terbuka yang direka dengan dua tingkat tempat duduk untuk menikmati pemandangan menara Alor Setar.

Aman Central juga mempunyai zon istimewa yang dipanggil mini shop yang mengumpulkan 60 peniaga tempatan dan sehingga sekarang semuanya sudah penuh ditempah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group