Pastinya anda sudah biasa nampak pelajar tahfiz menjual produk hingga ke tengah malam bertujuan untuk mencari dana pembangunan pusat tahfiz mereka di stesen minyak, kedai makan dan pelbagai lokasi lain. Bila ditanya, dikatakan sebagai ‘latihan’ mereka untuk belajar cara berniaga.

Dalam laporan Berita Harian, sebuah pusat tahfiz di Sungai Petani ditutup berikutan beroperasi tanpa kebenaran dan dipercayai mempergunakan pelajar-pelajar tahfiz untuk mengutip derma. Tidak dapat dinafikan, orang ramai pasti akan menderma apabila para pelajar tersebut meminta derma kerana mereka menggunakan nama agama untuk meraih simpati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui perkongsian oleh PW Community di Facebook, pusat tahfiz berkenaan adalah di bawah seliaan SM Amin, pemilik produk yang dijual oleh para pelajar Tahfiz ini.

Untuk pengetahuan anda, ianya merupakan satu kesalahan untuk mempergunakan pelajar untuk meminta derma. Wang yang dikutip pula dikhabarkan digunakan untuk kepentingan diri dan bukannya untuk pembangunan pusat tahfiz seperti yang diwar-warkan.

Produk SM AMin
Antara produk keluaran SM Amin. Kredit gambar: AkamaiHD

Malah, semalam tersebar satu video yang memaparkan pelajar tahfiz dipaksa mengosongkan pusat tahfiz tersebut dan SM Amin adalah pemilik pusat tahfiz tersebut yang ditutup oleh Kerajaan Negeri Kedah. Bahkan, SM Amin meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana pusat tahfiz tersebut ditutup. Tetapi sebenarnya penduduk Sungai Petani kebanyakkannya sudah tahu akan modus operandi SM Amin yang mengeksploitasi pelajar tahfiznya selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata notis penutupan dikeluarkan pada 11 Mac lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK).

Beliau berkata, taktik licik pengusaha pusat tahfiz amal terbabit sering bertukar premis dengan mendaftar nama baharu selepas tindakan diambil, menyukarkan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan mengeksploitasi pelajar meminta derma sambil menjual produk tertentu.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Ada yang berpendapat penutupan ini bersifat politik tetapi dengan bukti dan risikan terperinci oleh JAIK, warganet sendiri boleh nilai siapa yang benar. Sungguh menyedihkan apabila agama ditunggang sehingga sebegini rupa.