Badan Bertindak Imunisasi (CITF) dalam satu kenyataan tengah malam tadi memberitahu orang ramai mengenai penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam selama sehari, hari ini berikutan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugasnya, lapor Berita Harian.

Berikutan daripada penutupan ini, pihak CITF akan melakukan kerja-kerja sanitasi sambil menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu untuk membuat ujian penilaian kendiri. Manakala bagi yang bergejala, diminta untuk membuat ujian saringan COVID-19.

Bagi janji temu vaksinasi yang dijadualkan pada 13 Julai pula, pihak CITF akan memberi tarikh baru yang akan dimaklumkan secepat mungkin. Segala butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 03-88934303.

Dalam laporan The Star, mereka yang dijadualkan mendapatkan vaksinasi pada hari ini di IDCC telah dimaklumkan sejak awal pagi ini lagi mengenai pembatalan temu janji setelah menerima SMS untuk memeriksa aplikasi mySejahtera.

“Suami saya mendapat tahu di Twitter pagi ini bahawa IDCC PPV akan ditutup untuk sanitasi. Pada masa itu, saya memeriksa mySejahtera dan belum ada kemas kini.

“Tetapi sekitar jam 8 pagi, saya menerima SMS untuk memeriksa mySejahtera dan slot baru telah diberikan pada 19 Julai,” kata Shahira Hussin ketika ditemual oleh The Star.

Shahira juga mengatakan bahawa dia telah memohon cuti dua hari untuk vaksinasi, tetapi telah membatalkan cuti tersebut.

“Suami saya juga mengambil cuti untuk menjaga anak-anak. Pada mulanya saya risau dengan tarikh (janji temu) yang baru tetapi saya gembira kerana mereka telah memberitahu saya dengan cepat mengenai tarikh baru itu,” katanya.

Dikecam selepas ‘demand’ mahu jeni Pfizer, Ifa Raziah nafi memilih vaksin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dikecam Selepas ‘Demand’ Mahu Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen

Ribuan Orang Di India Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Palsu Berisi Air Garam