Meghan Markle dan Putera Harry mengumumkan semalam bahawa mereka akan “melangkah keluar dari anggota ‘senior’ keluarga diraja,” meninggalkan kehidupan yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kehidupan yang berasaskan pencarian kewangan sendiri.

Pasangan diraja ini mengumumkan berita tersebut dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, dengan menyatakan bahawa mereka mahu ‘mencipta peranan baru dalam institusi ini.’

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

“Kami berhasrat untuk melangkah keluar dari anggota keluarga diraja dan akan bekerja bagi membantu dari segi kewangan, sambil terus menyokong sepenuhnya Permaisuri Yang Maha Mulia,” kata mereka sambil menambah bahawa mereka bercadang untuk membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara.

Menurut BBC, tidak ada ahli keluarga diraja yang lain diminta untuk menyuarakan pendapat dan ini mengakibatkan kenyataan mereka dirujuk sebagai ‘mengecewakan’.

Buckingham Palace dalam satu kenyataan mengatakan bahawa perbincangan mengenai masa depan Duke dan Duchess of Sussex adalah ‘pada peringkat awal.’

“Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah isu rumit yang akan mengambil masa,” kata kenyataan itu.

Putera Harry adalah pewaris keenam dalam barisan takhta British, di belakang ayahnya Prince Charles, abangnya Prince William, dan tiga anak lelaki William – Prince George, Prince Louis, dan Princess Charlotte.

Spekulasi peranan Harry dan Meghan di dalam keluarga diraja mula menjadi tanda tanya selepas Queen Elizabeth II memaparkan gambar semua ahli keluarga diraja pada sambutan Krismas tahun lalu, namun tidak kelihatan adalah gambar Harry dan Meghan.

Kedua-dua pasangan telah berkahwin pada May 2018. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut. 

Putera Harry Dan Meghan Markle Sah Jadi Pasangan Suami Isteri

Anda Mungkin Suka