Semalam jutaan peminat diraja seluruh dunia menjadi saksi penyatuan antara pewaris keenam takhta Britain, Putera Harry,33, dan aktres, Meghan Markle, 36, di Gereja St George, Istana Windsor England.

Majlis perkahwinan diraja yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh emosi itu turut disaksikan lebih 100,000 orang ramai yang sudah berkumpul di sepanjang jalan menuju ke Istana Windsor.

Terdapat beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri untuk menyaksikan perkahwinan bersejarah ini Putera Harry dan Meghan Markle ini. Antara selebriti itu ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.

https://twitter.com/londerswonderss/status/997784757407703041

Selepas melafazkan ikrar, pasangan itu bertukar-tukar cincin, iaitu diperbuat daripada emas untuk Meghan, manakala Harry pula cincin platinum. Pasangan itu kemudiannya diarak menaiki kereta kuda kereta Ascot Landau mengelilingi sekitar Windsor sebelum menuju ke majlis resepsi di Istana Windsor.

Pasangan ini dianugerah gelaran Duke dan Duchess of Sussex oleh nendanya, Ratu Elizabeth II, selain gelaran Earl of Dumbarton dan Baron Kilkeel.

Sumber