Perkahwinan kerabat puteri Diraja dengan rakyat biasa bukanlah pertama kali terjadi dalam sejarah kerabat Diraja Jepun. Terbaharu, Puteri Ayako pula mengikuti jejak langkah kakaknya, Puteri Mako yang berkahwin dengan rakyat biasa. Sedikit informasi, Puteri Ayako ialah anak bongsu kepada pasangan Putera Takamodo yang merupakan sepupu Maharaja Akihito.

Puteri Ayako sanggup melepaskan gelaran dan keluarganya untuk hidup bersama jejaka yang berstatus rakyat biasa bernama Kei Moriya. Mengikut tradisi keluarga di raja Jepun, hanya anak lelaki yang boleh berkahwin dengan rakyat biasa dan masih mengekalkan gelaran dan kelebihan debagai kerabat di raja.

Puteri Ayako dilihat tampil mengenakan kimono berwarna kuning muda yang dipasangkan dengan hakama atau seluar berwarna unggu yang merupakan pakaian yang sama digunakan oleh Puteri Mako ketika perkahwinannya manakala pasangannya Kei Moriya mengenakan sut hitam dan berseluar kelabu. Topi hitam sutera kepunyaan mendiang ayahanda Puteri Ayako juga turut digunakan oleh Kei bagi melengkapi pakaiannya.

princess ayako

Sebelum acara perkahwinan bermula, Puteri Ayako sekali lagi menyalin pakaiannya kepada kimono berwarna merah yang lebih formal gaya Shinto.

ayako

Menurut laporan Puteri Ayako akan menerima pampasan sekitar $950,000 (±RM4 juta) untuk kegunaan kos sara hidup daripada kerajaan Jepun.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →