Presiden Rusia Vladimir Putin, bukanlah seseorang yang boleh dibuat main.

Sekiranya ada masalah serius, bekas Leftenan Kolonel KGB ini akan datang sendiri untuk menyelesaikannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Billionaire Rusia Oleg Deripaska, yang mempunyai net worth sebanyak $3.2 bilion, adalah pemilik syarikat aluminium terbesar di dunia.

Malang bagi beliau, kelewatan memulakan semula operasi sebuah kilang yang menggunakan khidmat beribu-ribu warga kerja tempatan menyebabkan masalah terhadap negara, dan juga Putin.

Di dalam mesyuarat berkenaan, Putin menegur korupsi pemilik-pemilik kilang, memanggil mereka ‘lipas’ dan memberi amaran bahawa kilang akan terus beroperasi tanpa campur tangan pemilik-pemilik.

Seperti seorang bapa, Putin menyuruh ‘anaknya’ billionaire Deripaska menandatangi persetujuan untuk memulakan semula operasi kilang.

Peristiwa ini telah dirakam di dalam sebuah video:

Video ini mungkin satu publicity stunt, atau mungkin benar Putin serius begitu – apa-apa pun, jangan buat beliau marah.

Sumber