Sebut sahaja artificial intelligence atau AI pasti ramai yang membayangkan kehebatan komputer atau mesin menjalankan kerja seharian tanpa pemantauan manusia. Teknologi ini dilihat berkembang dengan sangat pesat 2-3 tahun terakhir ini dan bakal menjadi fenomena terbaru menjelang 2030.

Terbaru, Vladimir Putin turut mengatakan AI bakal mencorak kehebatan sesebuah negara pada masa akan datang atau dalam erti kata lain ‘menguasai’ negara lain. Beliau juga secara lantang mengatakan negara beliau tidak segan untuk mempelajari serta bekerjasama bersama negara yang menguasai AI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kehebatan teknologi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vladimir-putin

Anda boleh lihat bagaimana AI mampu menjalankan beberapa kerja dengan lebih cekap termasuk mengalahkan Dendi selaku wakil pemain mewakili ‘manusia’ dalam permainan Dota 2. Tidak mustahil teknologi ini bakal digunakan dengan lebih luas lagi baik dari sektor perindustrian mahupun ketenteraan.

Elon Musk di dalam laman Twitter beliau turut bersetuju mengenai kenyataan Vladimir Putin ini serta turut menyatakan pendapat mengenai perang dunia ketiga yang mungkin hadir dengan kecanggihan AI. Beliau juga turut terlibat dalam berkongsi idea beliau mengenai teknologi ketenteraan menggunakan AI kepada United Nation.

Melihat kepada perkembangan teknologi semasa, kemungkinan kerja-kerja melibatkan machine learning antara yang menjadi rebutan pada masa akan datang.

Sumber