Tahniah buat AirAsia kerana sekali lagi berjaya merangkul anugerah emas di Putera Brand Awards. Lebih mengkagumkan, anugerah yang berjaya dijuarai ini merupakan kemenangan AirAsia untuk kali ke-8 berturut-turut.

Untuk pengetahuan anda, anugerah emas oleh Putra Brand Awards ini merupakan sebuah pengiktirafan jenama berdasarkan pilihan orang ramai dan disahkan oleh MATRADE.

Aireen Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berpendapat anugerah emas yang dimenangi pada kali ini secara tidak langsung menunjukkan perkhidmatan AirAsia berjaya memberi kepuasan khususnya buat rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, pasukan mereka berbesar hati untuk terus komited dalam menawarkan perkhidmatan yang baik serta rangkaian yang lebih luas pada masa akan datang.

airasia-1

Ucapan tahniah kami ucapkan atas anugerah yang berjaya diterima. Kami harap syarikat tambang murah terbaik ini akan terus konsisten dalam penawaran tiket dengan harga mampu milik khususnya buat pengguna di Malaysia.

Dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas di Putera Brand Award buat kali ke-8 berturut-turut pastinya merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan bukan saja oleh warga kerja AirAsia tapi juga rakyat Malaysia secara amnya. Tahniah AirAsia.