Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018, baharu sahaja diumumkan kerajaan telah menetapkan hari tersebut sebagai Hari Kelepasan Am tambahan seluruh Negara. Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menjalankan tanggung jawab mereka sebagai pengundi.

Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerajaan prihatin dan mendengar rintihan rakyat di media sosial. Semoga dengan adanya cuti umum ini dapat memudahkan urusan anda keluar mengundi bulan hadapan.