Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini boleh dikatakan ‘Hari Raya Paling Kalut’ yang pernah dilalui oleh rakyat Malaysia selepas pengumuman mengejut dibuat di layar televisyen pada 1 Mei baru-baru ini.

Kekalutan itu turut melarat ke jalan raya apabila orang ramai terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas luar biasa sehingga ada yang berada di atas jalan raya lebih 10 jam untuk sampai ke destinasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih membuatkan orang ramai ‘panik’ apabila ada stesen minyak kehabisan petrol RON 95 sehingga menyebabkan banyak kenderaan tersadai di tepi jalan akibat kehabisan minyak.

Tambah orang ramai lagi, bahkan ada mesin ATM kehabisan wang tunai sehingga menyukarkan proses mengisi minyak kerana mesin pam minyak tidak mempunyai slot pembayaran menggunakan kad.

Menurut orang ramai, kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan permintaan minyak pada musim perayaan pada kali ini melebihi jumlah yang biasa disediakan semasa musim perayaan sebelum COVID-19 melanda dunia.

Ditambah pula dengan kesesakan jalan raya telah menyebabkan timingĀ lori tangki minyak terjejas untuk sampai ke stesen minyak mengikut masa dijangkakan.

https://twitter.com/penputih22/status/1522557811565412354?s=20&t=jz2lpyTLGW6FL2uP7jvU1Q

Orang ramai juga turut mendakwa banyak tempat kehabisan bekalan air termasuklah di kawasan masjid dan kedai makan di kawasan berhampiran mereka.

Bagi sesiapa dalam perjalanan pulang ke kampung atau dari kampung, kami sarankan semua pihak menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps supaya dapat merancang perjalanan anda sebaiknya.

Semoga orang ramai dipermudahkan urusan dan selamat sampai ke destinasi-destinasi yang ingin dituju.

Sementara itu anda boleh baca reaksi-reaksi orang ramai selepas Hari Raya Aidilfitri diumumkan sehari lebih awal dari dijadualkan dalam kalendar.

ā€˜Hari Raya Paling Kalutā€™ – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal

ā€˜Kalau Jumpa, Gua Rembat Luā€™ – Joe Flizzow Larang Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers

ā€˜Hari Raya Yang Menyedihkanā€™ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate

Sumber