Tahun – 2095
Fenomena aneh telah memusnahkan seluruh bumi.
Segelintir yang terselamat telah dikerah untuk menyertai
“Batalion Janisari”
dengan misi untuk memulihkan keadaan bumi.

Itulah ayat pembukaan filem pendek ‘Putus’ yang telah diarahkan oleh Muhammad Ezmeer bin Abd Rahman ini. Putus merupakan top 10 finalist daripada 67 penyertaan filem pendek di dalam pertandingan BMW Shorties 2014. Beliau yang pertama kali menyertai BMW Shorties, satu pertandingan berprestij bagi filem pendek di Malaysia ini berasa gembira terpilih ke peringkat akhir.

Putus ditunjangi pelakon utama Beto Kusyairy dan Azliyuszaini ini turut dipertandingkan di dalam kategori People’s Choice Award. Oleh itu, jika anda suka dengan Putus, anda boleh vote filem pendek ini di Top 10 Finalist dari 3hb hingga 7hb Disember 2014 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ezmeer, hubungan iaitu perhubungan sesama insan terutama hubungan antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama adalah perkara pertama yang terlintas di fikirannya apabila mengetahui tema BMW Shorties 2014 kali ini ialah “Connection”.

putus7a

Mesej filem pendek Putus yang mahu disampaikan kepada penonton ini mencerminkan keadaan kita sekarang dimana ramai yang masih bersikap prejudis sesama sendiri hingga boleh mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara hingga boleh merosakkan generasi-generasi akan datang.

Walaupun mempunyai kekangan dari segi tenaga kerja (8 orang termasuk pelakon), masa penggambaran yang pendek di kawasan pergunungan Bromo, Surabaya, Indonesia yang memakan masa 1 hari setengah dan kewangan yang terhad, Putus tetap tidak mengecewakan.

Bagi kami, filem Putus ini membawa mesej yang kuat dan jelas. Sinematografi filem pendek ini juga amat menarik dan ia mengingatkan kami pada filem Oblivion lakonan Tom Cruise. Tambahan pula dengan tona warna filem yang memberi pengaruh ke atas jalan cerita Putus itu menjadikannya lebih mempesonakan.

FULL MOVIE Putus:

Kejahilan dan Prejudis adalah dayang propaganda.
Misi kita adalah memerangi kejahilan dengan ilmu
dan ketaksuban dengan toleransi.

Kami berpendapat filem pendek Putus ini memang terbaik!

Jangan lupa vote Putus jika anda suka akan shortfilm ini di Top Finalist BMW Shorties 2014

LIKE Facebook The Vocket