Untuk menghormati Hari Jururawat Antarabangsa 2020 yang jatuh pada hari ini, 12 Mei, Qatar Airways telah mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu akan memberi tiket penerbangan pergi dan balik secara percuma sebagai ucapan terima kasih kepada 100,000 pekerja kesihatan di seluruh dunia.

Usaha para barisan hadapan yang telah membahayakan diri sambil melindungi dan menyelamatkan nyawa mangsa wabak COVID-19.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

“Kami di Qatar Airways sangat berterima kasih atas komitmen dan kerja keras para petugas kesihatan di seluruh dunia yang menjaga mangsa-mangsa [wabak COVID-19] pada  masa yang sangat sukar ini,” kata Ketua Eksekutif Qatar Airways Group, Akbar Al-Baker, dalam satu kenyataan di laman web mereka.

“Sikap baik, dedikasi, dan profesionalisme mereka yang berani telah menyelamatkan ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.”

Profesional kesihatan atau petugas barisan hadapan – termasuk Doktor, pengamal perubatan, Jururawat, Juruteknik Makmal, Penyelidik Klinikal, atau Ahli Farmasi – dari setiap negara di dunia layak untuk memohon tiket ini.

Namun, bagi memastikan proses permohonan berjalan dengan adil dan telus, setiap negara akan menerima peruntukan tiket setiap hari berdasarkan jumlah populasi keseluruhan.

Pekerja barisan hadapan yang terpilih akan dapat menempah hingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi percuma ke mana sahaja pilihan destinasi yang merangkumi operasi Qatar Airways.

Petugas barisan hadapan akan mendapat diskaun 35% di mana-mana kedai runcit Qatar Duty Free di hab syarikat penerbangan di Hamad International Airport (HIA) di Doha.

Para profesional di barisan hadapan boleh membaca terus syarat-syarat kelayakan dan membuat permohonan secara langsung di laman web Qatar Airways bermula hari ini, 12 Mei 2020 sehingga 18 Mei 2020.

Untuk bacaan lanjut mengenai Qatar Airways, klik pautan di bawah.

Qatar Tawar Visa Percuma Kepada 80 Negara Termasuk Malaysia

Dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik 2017, 5 Perkara Usahawan Boleh Belajar Dari Qatar Airways

Begini Rupanya Perasaan Bila Naik ‘First & Business Class’ Qatar Airways

Anda Mungkin Suka