Sebut mengenai Qi Razali pastinya ramai generasi baharu yang mengenali beliau sebagai hos serta individu yang aktif mengacarakan rancangan melibatkan travel. Buat generasi yang sudah meningkat dewasa, pastinya ramai yang mengenali beliau sebagai pemain dram bagi kumpulan OAG.

Terbaharu, Qi Razali menerusi laman Twitter mengesahkan beliau secara rasminya telah membuat keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan bersama OAG selepas ini.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali sebelum ini pernah meninggalkan OAG pada tahun 1999 dan selepas itu dia tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan muzik.

Keputusan yang dipilih beliau untuk memfokuskan kepada pelajaran dan karier turut menyaksikan OAG mendapatkan pemain dram lain bagi menggantikan beliau.

Sumber: Rabaklit

Kehadiran beliau sebagai pemain dram OAG menerusi konsert 30 tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Disember lalu jelas mengimbau nostalgia para peminat.

Sumber