Nampaknya peperangan diantara Qualcomm dan Apple semakin rancak. Sekiranya awal minggu ini model Apple iPhone 6s sehingga iPhone X semuanya telah dihalang penjualan di China berikutan pelanggan paten, nampaknya Qualcomm kini sedang dalam usaha untuk memohon China untuk turut menghalang penjualan tiga model terbaru iPhone.

Model terbaru yang dimohon untuk dihalang ini meliputi tiga model utama iaitu Apple iPhone XR, XS dan XS Max. Sekiranya berjaya, Apple mungkin tidak hilang bilangan penggunanya yang ramai di China melihatkan kepada jumlah penduduk negara tersebut.

Setakat ini, Apple masih lagi meneruskan penjualan model keluarannya di China atas sebab tidak lagi menggunakan teknologi yang melanggar paten Qualcomm melalui kemaskini iOS 12.

Baca lagi: Syarikat China Sedia Mendenda Pekerja Yang Membeli Apple iPhone

Sumber