Setiap kali musim cuti sekolah tiba, mungkin ada ibubapa diluar sana yang kekeringan idea untuk bawa anak-anak bercuti. Ini semua belum lagi dengan masalah kekangan masa yang ada berikutan jadual kerja yang padat. Kini, anda tidak perlu runsing lagi kerana anda tidak perlu mengambil cuti panjang dan boleh mengembirakan anak-anak anda.

Quill City Mall KL tampil dengan WonderBeach Challenge yang akan berlangsung pada 23 Mac 2019 hingga 26 Mac 2019 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anak-anak anda lakukan seperti Paddle Waterboat, Traversing Line, High Rope Obstacle, Climbing Wall dan Trampolin.

Ibubapa dan anak-anak juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket The Gravityz Entry Ticket bernilai RM798 apabila menyertai Family Fun Challenge! Terdapat dua sesi Family Fun Challenge iaitu pada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang dan pada pukul 6 petang hingga 7 petang. 5 pasukan dibenarkan bertanding untuk satu sesi dan 1 kumpulan perlu terdiri daripada 2 orang (seorang dewasa dan seorang kanak berusia 5 hingga 12 tahun). Pasukan yang berjaya menamatkan cabaran terpantas akan dipilih sebagai pemenang! Sertai cabaran ini di sini.

QCMKL1

54514227_2100093796693899_2544170409461284864_o

54517304_2100093976693881_5778918998309601280_o

54525881_2100093390027273_2897678662105038848_o

54729722_2100092853360660_9144126424204967936_o

54731213_2100093773360568_178469673698852864_o

55541951_2100094026693876_8509760845507461120_o

55622755_2100094406693838_2502263258208010240_o

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket masuk ke WonderBeach Challenge ini, anda boleh dapatkan di sini atau anda boleh menebus tiket tersebut dengan berbelanja dengan kadar minimum RM30 pada satu resit di kedai yang terpilih dan anda boleh menebus tiket tersebut di Atrium Utama, Tingkat Bawah, Quill City Mall KL.