Tahukah anda peminat Star Wars adalah antara yang paling ‘gila’ jika bab mengumpul memorabilia franchise kegemaran mereka? Wang ringgit bukan penghalang dan ini terbukti dalam pembelian replika robot kegemaran ramai, R2-D2.

Seorang pembeli yang tidak mahu dikenali telah membeli replika skala-penuh R2-D2 pada harga USD2.75 juta (lebih kurang RM11.8 juta)! Replika R2-D2 ini dibina daripada campuran model R2-D2 asal yang digunakan dalam filem. Terdapat beberapa model R2-D2 wujud sepanjang pengambaran 6 episod Star Wars sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menarik tentang model ini adalah adanya bunyi-bunyi R2-D2 yang anda biasa dengar dalam filem. Jadi bolehlah tuan baru terhibur bermain dengan R2-D2 ini nanti. Yang turut terjual dalam lelongan ini adalah lightsaber milik Luke Skywalker yang digunakan dalam filem A New Hope dan Empire Strikes Back. Ianya terjual pada harga USD375,000 (lebih kurang RM1.6 juta).

R2-D2 mungkin unsung hero dalam franchise Star Wars tetapi besar jasa R2-D2 ini sebenarnya. Tak percaya? Cuba lihat pada video di bawah. Ini adalah gabungan beberapa detik getir di mana R2-D2 menjadi hero. Sebab itulah ramai yang sayang robot ini walaupun ianya tidak boleh bercakap.