Pengacara dan penyampai radio Radin Amir Effendi semalam menerusi laman Instagram miliknya merasakan beliau ingin membantu para frontliner dan individu yang memohon bantuan daripadanya yang terkesan akibat COVID-19 ini.

Berbeza dengan cara kutipan dana individu atau organisasi lain, Radin mahu menjual sebahagian daripada koleksi kasut miliknya dan semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam dana yang akan dikumpul Radin.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga. Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners,” tulis Radin.

AA

Ramai antara peminat Radin serta rakan artis yang memuji Radin kerana sanggup menjual sebahagian koleksi kasut kesayangan untuk mengutip derma buat insan yang memerlukan.

Berdasarkan video Radin, boleh dilihat Radin mungkin akan turut melelong satu atau dua pasang Yeezy daripada koleksi kesayangannya dan beberapa lagi model daripada jenama Nike dan New Balance. Menurut Radin, ada sebahagian kasut berkenaan yang masih belum lagi dipakai dan beliau akan menyatakan kondisi setiap kasut sebelum memulakan lelongan setiap model.

Adakah benar beliau anda akan jual Yeezy mungkin pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran? Anda kena tonton live lelongan amal ini yang akan berlangsung di Instagram Radin pada jam 9.00 malam ini. Siapa yang kaki saiz 8UK perlu siap sedia.

Bulan hadapan, Vans akan melancarkan koleksi global rasmi mereka bersama artis dari Kuala Pilah, Kide Baharudin. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Klasik Dan Elegan, Dapatkan Koleksi Edisi Terhad Lofarclutch Oleh Sometime by Asian Designers

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

Anda Mungkin Suka