Sekarang ini ramai orang sibuk membeli-belah untuk menyambut Hari Raya yang akan tiba pada pertengahan Julai nanti. Ia seakan-akan pesta apabila di serata tempat terpilih diadakan festival membeli-belah. Bagi mereka yang pernah pergi atau merancang untuk pergi membeli-belah di festival-festival yang dijalankan selama 1 hingga 3 hari, ini 17 ragam yang biasa berlaku ketika festival membeli-belah berlangsung:

1. Beratur panjang di depan pintu masuk utama.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

2. Bersesak-sesak di celahan ribuan manusia. Pijak kasut orang atau berlaga bahu itu normal.

3. Bunyi bising macam pasar itu wajib. Lagi meriah katanya.

4. Anak hilang. Suami hilang. Isteri hilang. Kawan hilang. Smartphone hilang. Beg hilang.

5. Teruja nampak Sales! Discount! Buy 1 Free 1!

6. Ini apa yang dirasai apabila barang yang kita nak itu tiada saiz kita.

7. Nampak macam-macam produk gaya hipster. Pelik-pelik.

8. Sanggup berebut barang yang dikatakan limited.

9. Tak puas hati penjual dan model pakai pakaian nampak molek tapi apabila sendiri cuba, nampak disaster!

10. Tapi ada juga yang tak berkenan dengan barang-barang yang ditawarkan. Frust!

11. Berpakat dengan orang yang tidak dikenali supaya dapat harga “1 for RM90. 2 for RM100”

12. Bergambar dengan selebriti atau pemilik produk.

13. Tak ada selebriti atau pemilik produk? Bergambar dengan booth selebriti atau booth berjenama pun boleh lah.

14. Harga hari pertama tak semenarik harga hari terakhir. Hari terakhir semua penjual pakat potong harga.

15. Tapi ada kemungkinan panik membeli-belah hari terakhir. Banyak barang sudah tiada dan rasa macam tak sempat road tour semua booth dengan tenang.

16. Di penghujung hari, ramai tak sedar berbelanja melebihi bajet. Adoi!

17. Apabila sudah tak cukup duit, masih tak putus asa. Cuba pula minta pinjam atau minta belanja dengan orang tersayang.

Selepas puas membeli-belah, gigih beri motivasi kepada diri bahawa duit cukup hingga hujung bulan ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka