Mula berkhidmat di syarikat Nissan hampir dua dekad sejak 1999 berjaya membuatkan Carlos Ghosn digelar ‘Mr. Fix It’ selepas berjaya menyelamatkan syarikat ini daripada bankrap pada awal tahun 2000.

Siapa sangka, syarikat Nissan yang dikenali pada hari ini nampaknya bakal jatuh semula selepas Carlos Ghosn melarikan diri dari Jepun sekaligus meninggalkan posisi beliau sebagai pengurus syarikat tersebut. Lebih ironi, nama beliau semakin dikenali selepas beliau meninggalkan syarikat yang pernah beliau menempat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Carlosh-Ghosn-Nissan-01
Kejayaan beliau memimpin Nissan sewaktu berkhidmat turut menarik perhatian Renault untuk melantik beliau sebagai CEO. Sumber: Sunday Times Driving

Semuanya bermula apabila beliau dikaitkan dengan salah laku wang syarikat dimana Carlos Ghosn pula mendakwa terdapat pihak ketiga yang cuba menjatuhkan beliau.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila beliau yang merupakan individu berprofil tinggi dan dikenali ramai berjaya ‘melarikan diri’ dari Lapangan Terbang Kansai, Jepun tanpa dikesan oleh pihak Nissan serta pegawai sekuriti lapangan terbang.

Selepas beberapa minggu orang ramai tertanya-tanya bagaimana beliau melarikan diri, akhirnya persoalan terjawab apabila dilaporkan Carlos Ghosn dikatakan bersembunyi di dalam sebuah kotak alat muzik yang besar.

im-141643
Kotak alat muzik yang menjadi tempat Carlos Ghosn bersembunyi. Sumber: Wall Street Journal

Pemilihan kotak alat muzik ini dipilih berikutan saiznya yang besar sekaligus membuatkan kotak alat muzik ini tidak mampu melepasi sistem pengimbas barangan di lapangan terbang.

Persis filem Hollywood, pelarian terancang ini dikatakan turut dibantu oleh tiga individu dimana salah seorang daripada adalah pegawai tentera dari Amerika Syarikat. Carlos Ghosn memilih untuk terbang ke Turki terlebih dahulu sebelum ke negara Lubnan memandangkan Jepun tidak mempunyai penerbangan terus ke Lubnan.

105582592-1544458698449gettyimages-1044466540
Sumber: CNBC

Setakat ini, perbicaraan dakwaan Carlos Ghosn mengenai salah laku wang di syarikat Nissan masih diteruskan di Lubnan. Kenyataan beliau dimana Nissan bakal bankrap dalam tempoh tiga tahun lagi serta pemilihan syarikat Nissan untuk menutup dua buah kilang serta membuang 4,300 pekerja pada tahun ini turut membuktikan segala kenyataannya.

Kami kongsikan kepada anda berita lebih lanjut mengenai isu melibatkan Carlos Ghosn dan Nissan.

Nissan Sedia Buang 4,300 Pekerja Dan Tutup Dua Buah Kilang

Nissan Dijangka Bankrap Dalam Tempoh Tiga Tahun Lagi

Carlos Ghosn, Legenda Automotif Nissan Yang Menjadi ‘Penjenayah’ Dikhendaki Jepun