Nota Editor: Tip ini telah dikongsikan oleh Zaidi Ismail berdasarkan pengalaman beliau menggunakan formula ini untuk membeli kenderaan secara tunai. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat membantu anda memiliki kenderaan pertama tanpa berhutang.

MEMILIKI KENDERAAN SECARA TUNAI

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk mereka yang belum memilikinya.

Ramai yang tidak tahu bahawa tidak menjadi dosa atau kesalahan untuk memiliki kenderaan peribadi secara tunai berbanding berhutang dan berhutang bukanlah satu-satunya cara untuk memiliki kenderaan sendiri.

Berikut adalah kaedah mudah untuk memiliki kenderaan peribadi secara tunai bagi mereka yang belum mempunyai kenderaan sendiri dan sedang berangan-angan untuk memilikinya satu hari kelak.

Sebagai contoh :-

Kita ingin memiliki sebuah kenderaan (kereta sebagai contoh) dengan bajet bayaran bulanan sebanyak RM400 sebulan.

Sebelum membeli kenderaan tersebut dengan ansuran bulanan sebanyak RM400 sebulan , cuma kita ujicuba keupayaan kita. Lakukan perkara berikut :-

Simpanan RM800 selama 12 bulan

  • RM400 sebagai bayaran bulanan
  • RM400 sebagai kos minyak , penyelengaraan , cukai jalan tahunan , insurans dan sebagainya.

Jadikan simpanan RM800 ini sebagai latihan dan uji cuba sama ada kita mempunyai kapasiti / keupayaan kewangan untuk memiliki kenderaan sendiri, jika gagal menyimpan selama 12 bulan, itu bermakna kita belum mampu atau layak untuk memiliki kenderaan sendiri.

Setelah 12 bulan, kita akan mempunyai simpanan sebanyak RM9,600, pada kadar keuntungan 7% , jumlah simpanan kita akan menjadi RM10,272.

1. Mulakan kenderaan tunai pertama kita pada harga RM10,000

Istiqamah menyimpan RM400 setiap bulan selama 18 bulan , jumlah simpanan yang ada termasuk kadar keuntungan 7% adalah RM7,704

baki RM400 selebihnya akan digunakan untuk membayar kos bulanan seperti yang di sebutkan diatas (minyak , penyelenggaraan dan lain-lain)

2. Jual kenderaan pertama kita tadi pada harga RM8,000 (pada kadar susutan sebanyak 20% setiap 18 bulan)

Nota: Susut nilai sebanyak 20% hanyalah andaian penulis.

3. Beli kenderaan tunai pada harga RM8,000 + RM7,000 = RMRM15,000

4. Teruskan menyimpan RM400 selama 18 bulan , serta ulang langkah diatas (simpan , jual , campur & beli yang lain) , oleh itu :-

a. 12 bulan pertama = kenderaan berharga RM10,000

b. 18 bulan berikutnya = kenderaan berharga RM15,000

c. 18 bulan berikutnya = kenderaan berharga RM19,000

d. 18 bulan berikutnya = kenderaan berharga RM23,000

e. 18 bulan berikutnya = kenderaan berharga RM25,000

f. 18 bulan berikutnya = kenderaan berharga RM29,000

Dalam masa 102 bulan atau 8 tahun 6 bulan, kita bakal memiliki kenderaan yang berharga RM29,000 keatas secara tunai tanpa perlu membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan atau memohon derma dari mana-mana pihak.

Dalam keadaan biasa, kita tetap perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM400 kepada institusi kewangan.

Daripada membayar mereka, lebih baik bayar pada diri kita sendiri dan paling tidak nama kita juga tidak hadir di dalam laporan CCRIS (credit checking reference information system) Bank Negara Malaysia. Ini akan memberikan kelebihan kepada kita kelak.

Baca: Cara Langsaikan Hutang RM43K Dalam Masa 14 Bulan

kereta-2

Kenderaan tunai milik kita semakin baru (keadaannya) manakala kenderaan yang dibeli secara hutang oleh rakan dan orang disekeliling kita (pada mula-mula anda beli kenderaan pertama dahulu) semakin lusuh dan berumur, malah ada yang hutangnya masih belum habis dibayar.

Kita sendiri pula telah berpengalaman menggunakan 6 buah kenderaan (kereta) pada tempoh yang sama, berbanding yang lain dengan nilai kenderaan yang semakin meningkat setiap kali menukar kenderaan.

Suka boleh guna dan pakai lama, kalau tak suka hanya perlu jual atau “trade in” kepada yang lebih baik sahaja, tiada halangan kerana kita cuma menggunakannya dalam tempoh kurang dari 18 bulan.

Bukan itu sahaja , kenderaan tunai kita boleh dijadikan modal untuk membantu kita memiliki hartanah suatu hari kelak.

PENAFIAN:

Contoh dan ilustrasi yang diberikan hanyalah sebagai contoh sahaja. Nilai, tempoh dan jenis kenderaan tergantung kepada keadaan serta keperluan masing-masing. Penulis menulis berdasarkan idea serta pengalaman praktikal yang pernah dilakukannya sendiri.

Kenderaan tidak hanya terbatas kepada kereta sahaja, ianya boleh juga di aplikasikan kepada motorsikal, van, lori, bas, bot malah kapal terbang dan jet peribadi tanpa perlu meminta derma dari orang ramai.

Baca lagi: Semua Ibu Bapa Harus Baca Kisah Keluarga Berbangsa India Berwawasan Ini, Sangat Berbeza

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram