Sedekad bakal berlalu dan Forbes telah mengumpulkan senarai ahli muzik yang berpendapatan tinggi selama dekad ini.

Mengetuai senarai itu adalah Dr Dre, yang telah mengumpul RM3.9 bilion dalam 10 tahun terakhir.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Walaupun hanya mengeluarkan album terakhir (Compton) beliau pada tahun 2015. Beliau berjaya mengumpul kejayaan sebesar itu apabila Apple bertindak membeli Beats pada tahun 2015 untuk RM12 bilion.

Taylor Swift berada di belakang Dr Dre dengan RM3.4 bilion dan Beyonce dengan RM2.8 bilion nilai kekayaan mereka.

Menurut Forbes, pendapatan masing-masing diukur dengan “melihat data dari Pollstar, nombor penggunaan muzik dari Nielsen dan wawancara dengan pengurus, ejen dan banyak bintang itu sendiri.”

Lihat senarai penuh ahli muzik yang telah disenaraikan oleh Forbes.

1. Dr Dre (RM3.9 bilion)
2. Taylor Swift (RM3.4 bilion)
3. Beyoncé (RM2.8 bilon)
4. U2 (RM2.7 bilion)
5. Diddy (RM2.5 bilion)
6. Elton John (RM2.3 bilion)
7. Jay-Z (RM2.3 bilion)
8. Paul McCartney (RM2.2 bilion)
9. Katy Perry (RM2.1 bilion)
10. Lady Gaga (RM2 bilion)

Forbes sebelum ini pernah senaraikan artis Malaysia di dalam Forbes 30 Under 30 Celebrities. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Shila Amzah Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Celebrities

11 Orang Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Forbes Senaraikan 10 Pemuzik Dengan Pendapatan Tertinggi Tahun 2017

Anda Mungkin Suka