Nirvana hadir dengan lagu Smells Like Teen Spirit pada 27 Ogos 1991, permulaan halus dan kena pada tempatnya. Mereka juga dianggap sebagai pencetus kepada populariti grunge.

Sebelum penutup 2019, Nirvana berjaya menjadikan video kepada lagu keramat tersebut sebagai video muzik 90-an paling banyak ditonton – ia berjaya mencecah satu bilion tontonan.

Nirvana berjaya menyertai senarai video muzik kedua dari tahun 1990-an yang berjaya mencecah satu bilion tontonan selepas Guns N Roses, November Rain.

Nirvana-1991
Loudwire

Video tertua dengan bilion tontonan masih dipegang oleh Queen, Bohemian Rhapsody – mereka mendapat kejayaan awal dengan biopik kumpulan Queen.

Video ikonik ini memaparkan band yang memainkan lagu di sebuah sekolah dan merangkumi pelbagai sikap yang terdapat di era 90-an.

Dikhabarkan, idea asal kumpulan ini adalah untuk menjadi anti-arus perdana. Tetapi tanpa disangka, mereka perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada sejarah.

Bermula dengan jenama deodoran

Ditulis oleh rakan Kurt Cobain, Dave Grohl, dan Krist Novoselic, ‘Smells Like Teen Spirit’ menjadi tamparan hebat pada awal 90-an dan membentuk Nirvana, bersama dengan penyanyi utama Cobain.

Nama lagu itu tidaklah terlalu kontroversi, begitu juga dengan Nirvana. Kisahnya bermula apabila teman wanita Cobain pada masa itu memakai deodoran jenama Teen Spirit, dan Kathleen Hana, seorang rakan muzik, menulis “Kurt smells like Teen Spirit” di dinding bilik hotel mereka.

Cobain pada ketika itu tidak pernah mendengar jenama deodoran tersebut, tetapi memilih untuk mengambil perkataan tersebut yang bakal mencorakkan sejarah Nirvana bermula tahun 1991.

nirvana_unplugged
Grammy

Bukan sahaja lirik yang bersikap misteri, lagu dan cerita-cerita dibelakang lirik itu juga misteri.

Sepanjang nyanyian lagu ini, Cobain kelihatan seperti menyanyi secara malas dan melontarkan lirik dengan cara yang tersendiri bagi menambah misteri dan kekaburan lagu itu.

Dalam satu wawancara video dengan Much, Cobain berkata, “Saya baru menyedari bahawa orang menjangkakan lebih banyak sudut tematik dalam muzik kami. Mereka sentiasa mahu membaca. Manakala saya hanya menggunakan baris puisi dan beberapa perkataan ‘sampah’ yang tidak mempunyai kaitan.”

Nirvana adalah kumpulan ikonik yang masih didengari sehingga sekarang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Marc Jacobs Disaman Kerana Ciplak Logo Ikonik Nirvana

‘Cardigan’ Ikonik Milik Kurt Cobain Terjual Pada Harga RM1.4 Juta

Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain

Sumber