Ramadan sudah pun hampir berkunjung tiba dan tidak lama lagi Hari Raya menjelma. Pada hari tersebutlah kita mahu tampil paling cantik untuk menyambut tetamu yang hadir.

Jika anda risau dengan seri wajah anda di hari pertama hari raya, jangan risau. Kami ada jalan penyelesaian untuk anda. Wajah semulus selebriti bukan lagi rahsia dan anda sendiri boleh memilikinya.

Tahukah anda bahawa Dr Chong Clinic, klinik rawatan kulit yang berdedikasi dengan estetika yang tinggi kini menawarkan promosi bagi menambah keserian di wajah anda?

Ketika ini mereka sedang menawarkan promo hebat seperti Beli 5 Percuma 5, Pelan Penjimat Raya, Promo produk Perawatan Kulit Le Perfetto (Beli 2 Percuma 1) dan pelbagai lagi dari 1 April hingga 31 Mei 2021.

165533935_2213890175413883_4776047896129519129_n

Dr Chong Clinic yang mempunyai kepakaran dalam rawatan kulit ini menawarkan kepada anda promosi yang melibatkan semua jenis rawatan laser, PRP, Pembuangan Rambut, PDRN dan Rawatan Pencerahan (IV Drip), Threadlift atau HIFU.

Selebriti Yang Menggunakan Perkhidmatan Dr Chong Clinic

Jika anda ragu-ragu atau merasa tidak yakin yang kulit anda mampu pulih dari segala masalah, apa kata anda tonton beberapa reviu dari selebriti dan artis tempatan yang telah menggunakan khidmat Dr Chong Clinic. Rata-rata mereka berpuas hati dan gembira dengan hasil yang diberikan oleh Dr Chong Clinic.

1. Cik Manggis

Contohnya Cik Manggis, salah seorang ahli kumpulan De Fam, di mana dia mengambil rawatan PDRN. Dan hasilnya selepas dua minggu sangat memberangsangkan. Sampai dia tidak percaya dengan keserian dan sinar yang tumbuh dari wajahnya.

2. Alvin Chong


Bukan sahaja wanita, lelaki pun buat treament kulit di sini. Pelakon dan personaliti TV, Alvin Chong telah membuat rawatan Yellow Laser setiap bulan di Dr Chong Clinic. Selain daripada kesihatan wajah, Alvin percaya rawatan ini mampu memberi kecerahan kepada wajah, meratakan warna kulit dan menegangkan kulit wajah.

3. Ramona Zamzam

Terakhir sekali adalah Ramona Zamzam, salah seorang selebriti yang lahir dari pertandingan Dewi Remaja. Dia telah menggunakan perkhidmatan Dr Chong Clinic bagi menyingkirkan kulit mati di wajahnya kerana dia percaya bahawa tanpa rawatan kulit, apa saja solusi yang ada tidak akan membuahkan hasil.

Selain itu, dia juga membuat rawatan Whitening Laser, yang memperbaiki kulit yang tidak sekata dan mencerahkan kulit. Namun di antara semua rawatan yang dilakukannya di Dr Chong Clinic, Ramona paling suka dengan rawatan PRP yang memberi kenikmatan kepada kulitnya sambil menghilangkan lingkaran gelap yang berada di bawah matanya.

Rawatan Terbaik Di Dr Chong Clinic

Selain itu, mereka yang datang ke Dr Chong Clinic turut memilih rawatan Baby Facial, PDRN dan Pico Laser untuk kulit wajah yang lebih menawan.

1.Baby Facial
https://www.youtube.com/watch?v=0IY5wjxmEq8

Juga dikenali sebagai Microdermabrasion. Ia bertujuan untuk membersihkan secara mendalam, menghidrat dan menyuburkan kulit anda. Rawatan ini juga membuang dengan lembut lapisan luar kulit anda yang kusam bagi menampakkan kulit yang lebih halus dan segar.

Di Dr Chong Clinic, mereka akan melakukan rawatan wajah bergantung pada keadaan kulit wajah anda. Ini bagi memberi anda peluang untuk menikmati pembersihan wajah yang lebih mendalam dan sempurna untuk semua jenis kulit. Rawatan Baby Face tidak hanya dibuka untuk wanita, sesiapa sahaja boleh menikmati rawatan wajah demi kesihatan kulit anda.

Dengan rawatan Baby Face, anda akan dilayan dengan baik sambil kulit muka anda dianalisis, dibersih secara mendalam, dirawat dengan mesin ultrabunyi, diurut dan pelbagai lagi jenis pakej.

2. PDRN

PDRN adalah rawatan jenis suntikan kulit, yang terdiri daripada molekul biologi yang disebut Polydeoxyribonucleotide (PDRN). Ia bertujuan membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan dan parut sambil melakukan pembaikan kulit.

Molekul PDRN mampu merangsang aktiviti metabolisme sel di kulit anda untuk menjana semula kolagen. Ia juga dapat merangsang pemulihan luka dengan meningkatkan kadar pertumbuhan fibroblas – sel-sel yang bertanggungjawab menghasilkan kolagen.

Hasilnya, rawatan penyembuhan kulit PDRN akan memberi anda 2 kesan utama. Pertama adalah penyembuhan luka, di mana ia akan mengurangkan kesan parut jerawat dan kesan regangan di kulit wajah anda. Kedua adalah kesan anti-radang yang akan bertindak mengurangkan kedutan, garis halus dan meningkatkan pembaharuan sel.

3. Laser Pico

Rawatan Laser PicoSure mampu mencapai hasil yang dilakukan oleh rawatan laser tradisional lain. Ia menggunakan fokus pancaran cahaya untuk merawat kawasan yang rosak pada badan.

Ia akan membersihkan tatu yang tidak diingini, menggalakkan keremajaan kulit, memudarkan parut jerawat, mengurangkan pigmentasi dan bintik usia, mengurangkan semula kulit dan mengurangkan kedutan, memperbaiki tekstur kulit, mengetatkan kulit, membuang sel kulit yang rosak dan mati, merangsang pengeluaran kolagen baru dan rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Peluang consultation percuma di Dr Chong Clinic!

https://www.instagram.com/p/CLgAgdgrnNE/

Anda pasti tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan di Dr Chong Clinic, namun tidak tahu mahu mulakan dari mana? Jangan risau. Anda boleh sahaja berkunjung ke mana-mana cawangan Dr Chong Clinic.

Untuk pengetahuan anda, khidmat nasihat atau consultation di Dr Chong Clinic adalah diberikan secara percuma. Mereka akan berikan nasihat mengikut kesesuaian kulit anda dan dalam masa yang sama anda akan diberikan perkhidmatan yang sangat berpuas hati.

maxresdefault (2)

Jadi, apa tunggu lagi? Terus berkunjung ke salah satu cawangan Dr Chong Clinic yang ada di Malaysia.

  • Dr Chong Clinic HQ (Kepong)
    03-6179 3157 / 018-473 8818
    37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur
  • Dr Chong Clinic Premium (Bangsar)
    03-2202 2158 / 018-251 8808
    40 & 42, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
  • Dr Chong Clinic (TTDI)
    03-7733 6002 / 011-2728 8188
    14 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
  • Dr Chong Clinic (Shah Alam)
    03-5524 3083 / 018-471 0988
    F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Dr Chong Clinic (Johor Bahru)
    07-559 6110 / 011-5636 6110
    49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bahru

Ingat, jangan lupa untuk rebut peluang dengan promosi sempena raya ini yang akan berlangsung dari awal bulan ini sehinggalah 31 Mei 2021 di Dr Chong Clinic.

https://www.instagram.com/p/CNHG4E9hUgI/

Jangan lupa like dan follow mereka di laman Facebook  Page Dr Chong Clinic untuk sebarang info serta promosi terkini.

Jika selebriti terkemuka negara pun sudah mendapatkan rawatan di sini, anda bila lagi? Jangan lupa ajak pasangan anda sekali kerana rawatan di sini bukan hanya untuk wanita, tetapi juga untuk para lelaki. Nanti terus jadi kacak dan menawan seperti Alvin Chong.