Wabak coronavirus telah merebak ke seluruh benua, kecuali antartika. Manakala Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan bahawa COVID-19 sebagai pandemik yang telah menjangkiti lebih kurang 125,865 orang dan lebih 4,615 orang meninggal dunia.

Situasi ini telah mencetuskan panik di seluruh dunia dengan beberapa negara dilaporkan ‘lockdown’ selepas peningkatan kes coronavirus di beberapa kawasan sehingga meragut beribu nyawa.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Lain pula ceritanya di Jepun bila mana ada sesetengah orang yang memborong susu dan bukannya penutup mulut atau hand sanitizer. Melalui satu perkongsian oleh Idate Ayaka beliau berkongsi satu resepi kuno Jepun yang menggunakan susu.

Ia adalah makanan berusia 1,000 tahun lalu. Kebanyakkan makanan ini dijumpai di Jepun pada zaman tersebut. Namun, orang Jepun sendiri tidak tahu kewujudan makanan ini.

Snek yang dinamakan so atau su (蘇) ini sebenarnya digemari oleh kerajaan era Asuka (sekitar tahun 538 hingga 710 sebelum Masehi. Ada laporan bahawa makanan ini disukai kerana mampu menyihatkan tubuh badan. Namun ada beberapa laporan menyatakan makanan ini terlalu manis.

Ayaka telah merujuk resepi So yang diterbitkan pada tahun 927 Masehi untuk membuat snek ini. Buku resepi itu dibuat oleh kerajaan pemerintah semasa itu. Cara pembuatannya tidak susah, tetapi Ayaka menyatakan bahawa yang paling susah adalah untuk feel makanan tersebut.

Setelah beberapa kali mencuba resepi 1,000 tahun ini. Ayaka berjaya menghasilkan So. Tapi bagi Ayaka ini bukanlah makanan yang mampu untuk menyembuhkan kesihatan seseorang. Tetapi bagi beliau, ia sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian kita kepada isu yang lebih besar.

Baca lebih lanjut laporan lain mengenai COVID-19 untuk pengetahuan lebih mendalam.

Indonesia Tidak Tahu Punca Kematian Pesakit Disebabkan COVID-19 Atau Penyakit Lain

Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus

Anda Mungkin Suka