Nota Editor: Kisah ini telah dipaparkan di Facebook Mohd Shah Riza Basirun. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia memberi inspirasi kepada pasangan yang telah berumah tangga untuk lebih memahami dan saling melengkapi dan antara satu sama lain, seterusnya memacu keharmonian dalam keluarga.

Bismillah

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penghancur Emosi Sang Isteri?

Setelah bekerja penat seharian hinga lewat petang, hanya ada satu perkara dibenak Salmah, TIDUR!

“Balik ni, mandi, solat, makan, buuumm.. tidur” Salmah mengelamun semasa memandu pulang sambil membayangkan tilamnya yang empuk.

Sebaik Salmah membuka pintu rumah, kelihatan kelibat suaminya sedang melipat kain. Anak sulungnya, Along pula duduk di meja makan menyiapkan kerja sekolah.

Sementara anak bongsunya yang comel itu berbaring sebelah suaminya sambil menghisap susu.

Dengan tidak semena-mena, Salmah terus ke dapur dan memasak. Selesai memasak, duduk sebentar di meja makan sambil melihat Along menyiapkan tugasan. Sempat pula membantu suami menyusun segunung Everest baju ke dalam almari.

Selesai makan malam, anak-anak masuk tidur dan selepas itu, Salmah memberikan layanan terbaik buat suaminya.

Mengapa Salmah tidak terus tidur? Mana datangnya tenaga extra? Salmah tidak makan jamu, mahupun supplemen.

Inilah yang disebut pelengkap emosi!

Suaminya memahami situasi emosi isteri. Dia membantu meringankan bebanan tugasan Salmah. Menjaga anak-anak dengan sempurna sementelah ketiadaan isteri.

Salmah terharu. Inilah sumber tenaga yang hebat itu.

keluarga-1

Bayangkan pula, apa akan terjadi sekiranya suaminya tercongok depan Astro dengan Along dan anak bongsu dibiarkan menangis meminta susu?

Boleh gaduh kan?

Terdetik dihati, mungkin sang isteri amat mengharapkan dan dahagakan suami yang memahami.

Apatah lagi realiti kehidupan sekarang yang memaksa kedua-dua pihak bekerja menyebabkan pengurusan rumahtangga perlu diperkemas dan disantuni dengan bijak.

Setakat bermodalkan hensem, banyak duit, pandai meng’ayat’, dressing up to date, atau badan sado mungkin hanya mampu menawan isteri buat tahun pertama perkahwinan sahaja.

Atau mungkin modal tersebut sudah tamat tempoh sebaik sahaja isteri mengandungkan anak pertama. Malah, ketika mana keluarga sana sudah mula ‘mencampuri’ urusan rumahtangga, maka muncullah sifat sebenar kita.

Apa yang diperlukan pada saat itu ialah sifat kasihan belas, kepekaan tinggi terhadap emosi pasangan, kemahiran menawan hati mertua dan lain-lain kemahiran rumahtangga. Dan ini semua langsung tidak diajar di universiti mahupun semasa kursus perkahwinan.

Hakikatnya, perkahwinan hanyalah permulaan kepada satu pelayaran yang penuh liku dan duri. Kehebatan nakhoda tidak diukur semasa kapal melayari lautan tenang, akan tetapi nakhoda yang hebat diukur ketika kapal berjuang melepas ombak bergelora.

Pesanan buat diri, contohilah dan berakhlaqlah seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa menjadi pelengkap emosi kepada isteri-isteri baginda.

BACA: 9 Perkara Kecil Yang Pasangan Suami Isteri Gembira Buat Setiap Hari

BACA juga: 6 Sikap Suami Yang Merobek Perasaan Isteri Dan Menggoncang Rumah Tangga

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram