Animasi Upin Ipin ada beberapa rahsia menarik yang tidak ramai orang tahu.

Tuan Burhanuddin Md Radzi, pengasas dan pengarah urusan Les’ Copaque Production telah mendedahkan beberapa rahsia semasa temuramah dengan The Star baru-baru ini.

1. Rambut Upin dan Ipin
Oleh sebab pasangan Upin dan Ipin adalah kembar seiras dan berkepala botak, maka mereka dibezakan dengan sehelai rambut sahaja. Tanpa diberikan rambut lengkap yang realistik, maka proses animasi menjadi lebih mudah.

2. Perkataan Les’ Copaque
Selama ini kita sangkakan perkataan ini diambil dari bahasa Perancis dan memberikan suatu maksud. Rupa-rupanya ia adalah perkataan Melayu ialah “Last Kopek”. Ia diberikan slang Perancis maka jadi Les’ Copaque.

3. Nama kampung Upin dan Ipin
Siapa boleh teka apakah nama kampung budak – budak botak yang comel ni ? Nama kampung mereka ialah Kampung Durian Runtuh.

4. Rancangan masa depan berkaitan Upin dan Ipin 
Dua berita gembira untuk peminat setia mereka iaitu :
Pertama, Filem Upin & Ipin The Movie akan ditayangkan pada tahun 2016.
Kedua, sebuah taman tema Upin & Ipin bernilai RM700 juta akan dibina!

Kita sama-sama doakan kejayaan mereka.

5. Ucapan tahun baru 2015

Ada. Lihat video Upin & Ipin ini:

Sumber : The Star

Like page The Vocket di Facebook