Sekiranya anda aktif menggunakan Facebook sekitar tahun lalu, pastinya anda cukup tahu dengan kemunculan Facebook Group yang menjadi serbuan para netizen iaitu grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Mengumpulkan koleksi masakan yang gagal daripada netizen beserta caption yang menggelikan hati membuatkan grup ini berjaya mengumpul lebih 500,000 ahli dalam tempoh seminggu sahaja.

Screen Shot 2021-02-22 at 1.07.27 AM

Terbaharu, muncul pula sebuah lagi Facebook Group yang menjadi hiburan terbaru netizen iaitu Riak Apa Hari Ini. Seperti namanya, grup ini mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada para netizen.

Menariknya, perkongsian yang dibuat netizen seolah berlumba-lumba serta komen yang dilemparkan pada setiap perkongsian antara yang membuatkan Facebook Group Riak Apa Hari Ini menjadi rancak. Berikut merupakan antara perkongsian ‘riak’ netizen daripada grup ini yang mencuit hati orang ramai.

Screen Shot 2021-02-22 at 12.52.22 AM

Screen Shot 2021-02-22 at 12.52.00 AM

Screen Shot 2021-02-22 at 12.51.48 AM

Screen Shot 2021-02-22 at 12.51.36 AM

Screen Shot 2021-02-22 at 12.47.31 AM

2049AE8F-EDB2-4605-B67D-23B63B4691BE

Walaupun perkongsian yang dibuat sekadar untuk mencuit hati orang ramai, seorang netizen turut menegur para ahli grup ini untuk lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian khususnya melibatkan duit atau barang-barang berharga.

Screen Shot 2021-02-22 at 12.52.10 AM

Setakat artikel ditulis, grup yang baru sahaja ditubuhkan 2 Februari lalu sudah mulai mengumpul lebih 70,000 ahli. Kebanjiran perkongsian netizen yang mencuit hati secara tidak langsung antara yang menyumbang kepada peningkatan para ahli grup ini.

Buat anda yang ingin mengikuti perkembangan grup yang sedang trending ketika ini, anda boleh klik di sini untuk melihat perkongsian-perkongsian netizen yang pastinya buatkan anda tidak kering gusi.

Tular pada minggu lalu apabila penyampai radio dihujani kecaman selepas video TikTok ketawakan guru tular di media sosial.

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular

Majikan Mohon Maaf, Lelaki Tuduh ‘Rider’ Grab Curi Air Starbucks Kini Digantung Kerja