Menjadi masalah kepada para ibu di rumah untuk menyediakan makanan untuk di rumah dan mungkin sudah tidak tahu ingin masak apa hari ini. Buat anda yang inginkan kelainan, cuba masak mi hailam pula.

Apa kata ikuti perkongsian resipi mi hailam oleh Hasniza Hassan yang mudah dan dijamin sedap. Menurutnya, mi hailam ini istimewa sedikit kerana ditumis dengan lada hitam dan beliau dapat resipi daripada mak saudaranya. Ayuh kita mulakan!

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara…

Posted by Hasniza Hassan on Sunday, 16 September 2018

Bahan-bahan:

1 hingga 1 1/2 paket mi

Bahan-bahan untuk buat kuah:

11 ulas bawang putih dikisar atau tumbuk, sesudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar, daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat), semangkuk stok air udang (kalau ada), 15 ekor udang, 4 ekor sotong yang dihiris, sebiji tomato dibelah 2, 1-2 biji cili merah dipotong, kobis dihiris dan sawi dipotong, kicap masin, kicap manis, sos tiram secukup rasa, garam, gula secukup rasa dan 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

41876407_2445349228808897_3772397293655818240_n-2

Cara-cara membuat mi hailam:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam sehingga wangi dan warna kekuningan.

2. Kemudian, masukkan daging dan tambahkan air.

3. Selepas itu, tambahkan air rebusan kulit udang jika ada dan biarkan mendidih untuk daging empuk.

42058862_2445349272142226_8217991519383060480_n

41891551_2445349328808887_194666532242980864_n

4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.

5. Masukkan udang dan sotong tetapi tidak terlalu lama.

6. Lalu, masukkan hirisan cili dan tomato serta garam dan gula secukup rasa.

41948673_2445349368808883_1226840584715501568_n

41876520_2445349472142206_3515922836243873792_n

7. Masukkan hirisan kobis dan masak seketika.

8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sawi dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

42084553_2445349588808861_5805764279076388864_n

42044519_2445349635475523_6449966728746106880_n

9. Gaul semua bahan sehingga rata.

10. Akhir sekali, masukkan mi dan gaul rata serta boleh dihidangkan.

41801480_2445349722142181_6061046848703954944_n

41957146_2445349198808900_2322842983692500992_n

Mudah sahaja nak buat mi hailam ini. Semoga perkongsian resipi mi hailam ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba.

Kami kongsikan juga resipi lain yang pasti sedap untuk anda cuba di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Lebih 6K ‘Shares’, Ini Resipi Wantan Mee Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Sedap Dan Mudah, Ini Resipi Makaroni Keju Bakar Khas Untuk Penggemar Makanan ‘Western’

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Anda Mungkin Suka