Umum tahu, mencari pekerjaan pada ketika ini sangat menyukarkan khususnya buat graduan muda berikutan persaingan yang sengit. Keadaan negara yang diserang pandemik antara yang turut menyukarkan individu dalam mencari rezeki.

Di sebalik kesukaraan mendapatkan pekerjaan, masih terdapat graduan muda yang menunjukkan contoh yang kurang baik membuatkan pihak syarikat tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular di media sosial menerusi Facebook Boon Go Employee mengenai seorang fresh grad atau graduan muda yang mempunyai ‘keyakinan’ yang sangat tinggi di mana beliau telah memohon jawatan sebagai pengurus pemasaran yang memerlukan lapan tahun pengalaman.

Permohonan beliau nyata ditolak berikutan graduan muda tersebut masih belum cukup pengalaman kerja serta tidak menepati kriteria yang dimahukan syarikat.

204825534_541809637234423_3860172193424483102_n
Sumber: facebook Boom Go Employee

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan isu ini menjadi tular adalah respon graduan berkenaan yang mendakwa beliau layak menggalas jawatan tersebut hanya disebabkan meraih CGPA 3.5.

Gaya penulisan beliau yang singkat dan biadap dengan mengatakan kepada pihak pengurusan sumber manusia syarikat sebagai bodoh telah mengejutkan para netizen yang kurang senang dengan tindakan beliau. Berikut merupakan respon netizen mengenai gambar yang dikongsikan.

Screen Shot 2021-07-10 at 11.19.53 AM

Screen Shot 2021-07-10 at 11.20.02 AM

Screen Shot 2021-07-10 at 11.20.19 AM

Meskipun sikap graduan muda berkenaan tidak melambangkan keseluruhan graduan muda lain, sikap yang ditunjukkan sememangnya perlu dielakkan dalam menambat hati syarikat untuk dipilih bekerja.

Tular pada minggu ini apabila pemilik Lamborghini memilih untuk ‘menghina’ pemandu kereta Honda hanya gara-gara gagal membuka pintu kereta.

Gagal Buka Pintu Lamborghini, Cubaan Pemilik Ini ‘Menghina’ Kereta Honda Dikecam Netizen

Baca Luahan Kecewa Rakyat Malaysia Setelah Negara Dilanda 9,180 Kes COVID-19 Semalam

Sumber