Pada 23 Jun 2022, filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara dan ia merupakan karya yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem tempatan.

Untuk pengetahuan anda, filem Mat Kilau adalah karya baharu daripada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan menariknya filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak sejuta ringgit dalam sehari tayangan di pawagam.

Menjengah ke media sosial, rata-rata netizen memberikan ulasan yang baik buat filem Mat Kilau dan memuji setiap pelakon yang menjayakan watak mereka dengan baik.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mengatakan filem ini berjaya bermain dengan emosi penonton dan banyak mesej yang disampaikan melalui filem sebagai ‘nasihat’ kepada anak bangsa.

Malah, mereka yang sudah menonton filem ini di pawagam turut mencadangkan kepada orang ramai untuk menyaksikan filem epik ini sendiri sekaligus menyokong industri filem tempatan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Netizen Teruja Mahu Tonton Filem Mat Kilau Di Pawagam

Bekas Lokasi ‘Shooting’ Filem Senario, Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Resort Mewah Yang Terbengkalai