Sambutan hari raya kali ini nyata berbeza buat kita semua dengan tiada lagi tradisi balik kampung dan berkumpul bersama sanak saudara boleh dilakukan seperti sebelum-sebelum ini.

Ia susulan saranan kerajaan agar kita semua dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19 yang sedang mengganas ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vocket

Namun ketiadaan tradisi yang telah wujud buat sekian lamanya juga bermaksud orang ramai berpeluang untuk meluangkan masa yang lebih bersama keluarga mereka di rumah dan kepada mereka yang bujang pula-berpeluang untuk mengambil feeling beraya di perantauan.

Dan mungkin kerana terlalu ramai antara kita yang menjadi perantau kali ini maka tidak hairanlah irama Dendang Perantau yang pernah dipopularkan P Ramlee yang kini dimainkan semula menggunakan gesekan biola oleh Aqmal Daniel ini menjadi pilihan di Facebook dengan jumlah tontonan menghampiri 250,000 sejak dimuat naik minggu lalu.

Aqmal sebelum ini pernah mencuri tumpuan netizen seluruh negara dengan gesekan biolanya yang memainkan kembali lagu-lagu yang pernah popular sebelum ini dan pernah menerima jemputan tampil dalam segmen Borak Kopitiam di TV3 .

Walaupun turut memuat naik beberapa irama lagu raya yang dimainkan beliau, namun lagu Dendang Perantau ini muncul antara yang paling banyak ditonton dengan lagu lain seperti Satu Hari Di Hari Raya turut meraih jumlah tontonan melebihi seratus ribu.

Tonton kembali iklan-iklan raya yang berjaya mencuri perhatian netizen Malaysia untuk sambutan hari raya kali ini di pautan di bawah. 

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik

Tonton Iklan Raya TNB ‘Norma Baru’ Dihasilkan Lelaki Ini Hanya Dengan Menggunakan Video Lama

Tonton Iklan Raya TNB ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Tahun Ini Yang Berbeza Tetapi Kekal Unik