Akaun media sosial palsu yang menyamar menjadi pasangan Youtuber Sugu Pavithra kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan punca sebenar mereka ini cuba menyamar menjadi pasangan suami isteri itu, namun ia dipercayai bagi menipu para pengguna media sosial untuk mengikuti mereka sekaligus menjadi jalan pintas buat mereka meraih followers yang ramai dalam masa yang singkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia susulan daripada kejayaan pasangan tersebut meraih populariti mendadak melalui channel masakan mereka yang sehingga kini sudah berjaya mengumpulkan lebih 500,000 subscriber ketika artikel ini ditulis.

Capture
Tangkap layar akaun Youtube Sugu Pavithra yang kini mempunyai lebih 500,000 followers

M Pavihtra dalam satu video yang dimuat naik dua hari lepas bagaimanapun menafikan mereka mempunyai akaun media sosial selain daripada channel Youtube yang kini sedang aktif dijalankan mereka.

“Sekarang ini saya mendapat makluman pihak tidak bertanggungjawab membuat Facebook dan Instagram dengan menggunakan nama kami Sugu Pavithra.

“Jadi saya harap jasa baik kawan-kawan, tolong report pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” jelasnya dalam video pendek tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=mqnSI2Z_Nos&feature=youtu.be

Semakan kami di laman Instagram kemudiannya memang wujud percubaan daripada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyamar menjadi pasangan suami isteri ini.

Tambah mengejutkan, lebih daripada 10 akaun yang menggunakan nama mereka ditemui di laman perkongsian gambar Instagram sahaja.

Perkara ini sudah semestinya bukan lah satu perkara yang bertanggungjawab dengan pihak-pihak ini mungkin boleh menggunakan identiti mereka untuk tujuan yang tidak baik sekaligus merosakkan reputasi mereka sebagai antara Youtuber paling meningkat naik dalam negara ketika ini.

Sugu Pavithra yang mencipta fenomena  dalam negara sebelum ini turut mendapat hadiah dan kad ucapan daripada perdana menteri atas kejayaan channel Youtube mereka. Baca perkongsian kami di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Sugu Pavithra Dilaporkan Terima Hadiah Dan Kad Ucapan Daripada Perdana Menteri

Diminta Tutup ‘Channel’ Dan Berhenti Kongsi Resipi, Netizen Dakwa Sugu Pavithra Dibuli Di YouTube

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube