Kecoh sepanjang minggu ini di media sosial di mana orang ramai membincangkan mengenai kehangatan filem Mat Kilau yang mendapat sambutan hebat sekaligus mengumpul jumlah kutipan mencecah 8 angka.

Di sebalik jumlah kutipan yang tinggi, siapa sangka filem Mat Kilau yang bermodalkan RM8 juta ini difahamkan masih belum meraih jumlah kutipan yang disasarkan atau dalam erti kata lain mendapatkan semula modal yang dilaporkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Studio Kembara

Hal ini dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Mawi menerusi YouTube Mawi World di mana beliau menjelaskan di mana beberapa kos perlu dibayar dalam sebelum memastikan filem tersebut meraih keuntungan.

Berdasarkan perkongsian, Mawi menjelaskan sesebuah filem yang ditayangkan akan dikenakan cukai hiburan sebanyak 25% daripada jumlah kutipan yang diterima. Sebagai contoh sekiranya filem Mat Kilau meraih RM12 juta kutipan, 25% atau RM3 juta daripadanya akan dikenakan cukai hiburan.

Bukan itu sahaja, royalti kepada pawagam turut dikenakan di mana bayaran sebanyak 50-55% antara yang bakal dikenakan pada minggu pertama, diikuti dengan 45-55% kutipan pada minggu kedua seterusnya 40-60% pada minggu ketiga.

Bagi filem Mat Kilau pada ketika ini masih berada dalam minggu pertama tayangan, RM4.5 juta telah dikenakan bagi membayar royalti kepada pihak pawagam.

Penjelasan yang dibuat oleh Mawi sekaligus memberi bayangan bahawa filem Mat Kilau memerlukan jumlah kutipan lebih RM20 juta dalam usaha untuk meraih wang dikeluarkan pihak penerbit sekaligus meraih keuntungan.

Difahamkan jumlah yang disebutkan Mawi ini sekadar memberi bayangan dan kiraan jumlah yang diperlukan sesebuah filem dalam usaha untuk meraih keuntungan. Mawi juga turut menyeru orang ramai untuk terus menyokong filem tempatan dalam memastikan industri perfileman negara terus berkembang.

Syafiq Yusof baru-baru ini mengakui abang dan bapanya memiliki ‘golden touch’ manakala beliau masih berusaha menjadi yang terbaik sekaligus meraih perhatian netizen. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

‘Abang Ada Golden Touch Sama Macam Papa’ – Tweet Sayu Syafiq Yusof Raih Perhatian Netizen

‘Pihak Perubatan Yang Pasang’ – Pengarah Drama Ini Nafi Dakwaan Sengaja Buat ‘Kesilapan’