Sebut mengenai filem Mat Kilau, pastinya ramai cukup tahu di mana filem yang menjadi fenomena sememangnya mendapat sokongan ramai setelah mengumpul lebih RM90 juta kutipan sekaligus muncul sebagai filem dengan jumlah kutipan tertinggi dalam negara.

Di saat ‘demam’ filem Mat Kilau masih belum reda, penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali menerusi sidang media pada hari ini memaklumkan filem Mat Kilau 2 mungkin akan ditayangkan.

Sumber: kita reporters

“Mat Kilau 2 akan lebih baik dari Mat Kilau 1,” ujarnya ketika ditanya tentang prospek projek pembikinan filem baharu di bawah Studio Kembara.

Berikut kejayaan sulung Studio Kembara menerusi filem Mat Kilau, Abdul Rahman turut optimis dengan sebarang kemungkinan bagi Studio Kembara menerbitkan filem-filem lain.

Sebelum ini, Syamsul Yusof turut tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai filem Mat Kilau 2 namun beliau pada masa yang sama mahu fokus dengan penghasilan filem lain terlebih dahulu. Dilaporkan beliau bersama pihak krew sedang dalam usaha dalam menghasilkan filem trilogi KL Gangster.

Tular pada bulan lalu apabila Yayan Ruhian mengakui hampir tidak muncul dalam John Wick 3 bagi menghormati jadual ‘shooting’ filem Mat Kilau.

Yayan Ruhian Hampir Tidak Muncul Dalam John Wick 3 Kerana Hormati Jadual ‘Shooting’ Mat Kilau

‘Abang Ada Golden Touch Sama Macam Papa’ – Tweet Sayu Syafiq Yusof Raih Perhatian Netizen

Sumber